Hari pertama persekolahan sesi 2024/2025

by - Isnin, Mac 11, 2024

Alhamdulillah. Hari pertama persekolahan dan esok akan masuk Ramadan. Anak anak takda masalah untuk bangun awal pagi kerana anak dah latih mereka ketika cuti sekolah yang panjang hari tu. Walaupun cuti, takda istilah boleh tidur sampai matahari meninggi ! Aku tetap kejut bangun pagi dan terus beraktiviti. Seminggu sekali je aku benarkan mereka berehat agak panjang sedikit selepas solat subuh. 

Dan takda masalah untuk hari pertama. Takda drama. Segalanya seperti biasa... seperti tak pernah cuti. Mereka bergerak satu pasukan. Bukan mudah tapi kena buat ! Kalau tak buat sekarang, bila masing masing dah besar.. memang payah dah nak lentur ! 

Aku dah susun atur jadual masing masing. Qhaliff tetap akan ke gym petang hari walaupun di bulan Ramadan. Dia pun dah set kepala otak dia gitu. Aku tak nak diorang tidur di petang hari. Zahra akan ikut sama. InshaAllah.. 

Malam , ada kelas tambahan bersama Flyhigh Education Centre secara online. 





Alhamdulillah... berjalan seperti yang dirancang. Masing masing seronok memulakan hari pertama persekolahan. Daddy , tenang ke gym pagi hari ! Hahahaha.. Weeee ! 

 

You May Also Like

3 comments

  1. Selamat kembali ke sekolah buat semua.

    BalasPadam
  2. Samalah dengan anak saya, hari pertama hari ni x ada masalah langsung. Masing-masing bangun awal pagi & bersemangat pergi sekolah

    BalasPadam