Berbaloikah tak makan nasi putih ?

by - Ahad, Mac 24, 2024

Bagi korang yang rajin ikut aku di blog ni mesti tau yang aku ni antara mereka yang ada penyakit tekanan darah tinggi dan juga bermasalah dengan sendi seperti lutut dan siku. Pastu ketika PKP , aku diserang anxiety. Sebenarnya lama dah bermasalah cuma aku je tak perasan. Teringat seorang kenalan pernah tegur aku ketika di sebuah bengkel blogger.. dia tanya kenapa nafas aku kuat ? Aku ada asmakah? Aku cam pelik. Bila masa aku ada asma tapi sejujurnya memang masa tu aku cepat mengah dan tak beberapa fit. Aku ingatkan faktor berat badan tapi rupa rupanya... 

Ya.. berat badan aku ketika tu melebihan 90 kg dan cukup payah nak turunkan walaupun hari hari bersenam siang malam ! Apakah salah aku ? Di manakah salah aku ? Aduh.... putus asa ! Solusi yang ada , amik fat burner ! Huhu... terpaksa ! 

Dan memang badan jadi sedikit lean pastu cuma berat hilang sekitar beberapa kilo jer. Tapi penyakit lain lak datang pastu. Jantung laju ! Stress memanjang. Apa yang perlu aku lakukan ? Tekanan darah bila check pun , doktor terus syorkan aku ke hospital sebab dah cukup tinggi tapi aku tak nak sebab aku rasa sihat ! 

Doktor kasi aku peluang untuk ubah ! Aku kena tukar gaya hidup dan diet pemakanan. Tak boleh tidur lewat , makan pun kena jaga. Bab tidur tu ok la aku boleh buat tapi bab makan ni ? Aku nak makan apa jer ? Maksud aku.. aku kena makan apa ? 

Ubah gaya hidup 

Yer... dulu media sosial ada tapi bab awareness pemakanan ni kurang ! Sehinggalah wife aku jatuh sakit dan di situlah segalanya bermula. Aku memang betul betul berpantang macam orang perempuan lepas beranak ! Begitu juga ahli keluarga aku. Semua sekali kena ikut. Aku tak larat nak bawak diorang ulang alik klinik ! 

Pertama sekali yang aku ubah ialah dapur rumah aku. Tiada lagi gula putih ! Tiada lagi roti putih atas meja makan setiap pagi ! Tiada lagi susu putih  dan ais krim dalam peti ais ! Tiada biskut biskut dalam almari dapur ! Tiada lagi makan fast food bila keluar rumah ! 

Yang ada cumalah.. kurma , kekacang seperti walnut , almond , gajus , halia , kunyit , minyak zaitun , telur dan beberapa lagi makanan yang sebenarnya makanan. Selepas tu , aku beri arahan pada wife , makan malam kita sebelum jam 8 malam. Tak perlu masak macam macam lauk pauk. Jam 10 malam atau 11 malam , semua masuk tidur. Tiada lagi  tengok movie lewat malam ! 

Nampak macam hilang nikmat dunia tapi realitinya selepas aku buat begini... aku dah boleh kira dah berapa kali aku ke klinik. Tekanan darah normal dan aku dah tak anxiety ! Bayangkan tahun lepas , nak gi solat terawih pun aku pakai double face mask. Dah la solat kat luar  tapi tetap pakai. Debar punya pasal. Pastu nak berbual dengan orang pun takut. Sekarang ? Alhamdulillah... terlalu banyak perbezaan.

Kalau tak makan nasi , nak makan apa ?

Tok nenek kita dulu makan apa ? Haaa... makanan yang sebenarnya ! Atau omputih kata real food. Payah ke ? Lagi sedap dari makan makanan tiruan yang hanya sedap di lidah derita di perut ! Malah nasi yang mereka makan pun tak sama dah macam kita punya sekarang ni ! Tak caya.. cubalah google ! Beras kita makan sekarang ni dah dipolish hingga hilang segala khasiat dan fiber. Yang tinggalah cumalah karbohidrat. Sebab tu lepas kita makan nasi, akan mengantuk terutama tengahari. 

Kalau ada yang kata tak jemu ke makan makanan tu je maka jawapan aku takkan takda idea nak pelbagaikan masakan ? Google jer.. kat  platform media sosial yang lain pun banyak ada kasi resepi resepi makanan sihat. Nah... carilah yang tinggi protein, fiber , lemak sihat dan jauhi yang tinggi karbohidrat ! Susah ? Senang je sebenarnya cuma kita payah nak buat sebab kita dah KETAGIHAN.

Sakit sendi memang perit ! Siku.. lutut siap ada baker cyst ! Tau ke apa tu baker cyst ? Aku dah pernah tulis di blog menceritakan masalah baker cyst ni dan aku ingatkan takda solusi atau ubat melainkan pembedahan atau kena sedut je cecair tu. Rupa rupanya ada ! Semua tu adalah keradangan yang berpunca dari anasir anasir jahat yang ada dalam tubuh badan kita ! 

Baker cyst ni membuatkan aku tak boleh berlari laju atau berlebihan bermain kaki di gym. Lepas workout kaki , akan keluarlah dua ketul bengkak di belakang lutut ! Tak sakit sangat tapi bila nak solat atau duduk tu akan terasa sengal. Sangat menganggu !

Cara aku hilangkan semua ni dengan cara sekarang inilah ! Memang berkesan 90% ! Pernah ambil ubat suppliment tambahan untuk hilangkan masalah sakit sendi tapi rupa rupanya makin teruk lagi adalah. 

Sakit sendi dan peralatan sebelum ke gym ! Dulu laa ! 


Ketika gemar makan pelbagai makanan berbanding jaga makan ! 

Aku bukan boroi atau gemuk tapi perut aku 'sakit' !

Dulu dan sekarang ! Sebu dan berlemak dulu !


Pagi gym di Cyberjaya manakala petang di Nilai pula sambil ajar Qhaliff..di bulan Ramadan ! Alhamdulillah , dia pun steady jer bersenam. Belah petang 40 minit jer manakala sebelah pagi , aku sendirian.. 2 jam di gym ! Dahaga memang terasa tapi lapar tu takda pun. Alhamdulillah..

Ketika berbuka , aku makan kurma sebiji dahulu sebelum minum air garam atau air halia.  Pastu baru makan telur rebus atau ayam bakar , sayur sayuran mahupun buah buahan ! Abis semua tu baru aku tengok kalau ada saki baki akok atau kuih yang menarik perhatian aku.. biasanya akok je la aku akan makan. 

Hilang nikmat ? Hee.. sejujurnya inilah kenikmatan yang aku cari selama ni ! Dulu aku berbadan besar nak angkat sebelah dumbell 30kg pun dah mengeletar lutut ! Sekarang , 50kg selamba jer. Tetiba rasa macam tahu rahsia Anatoly ! Sebab tu tengok badan dia cam orang biasa tapi mampu angkat bebanan yang.. hurm... 


Raya nanti, camana ??? Takkan balik kampung tak nak makan kuih muih ? Rendang ? Lemang ? Ketupat ? Pergh.. kena lak balik Kelantan. Macam macam makanan ada ! Apakah aku akan tengok je ? Hahahaha.. 

Aku makan yang perut aku luluskan jer.  Bukan apa.. kalau aku sakit , aku sorang sorang terbaring. Dan aku dah lalui pun. Time raya aku jatuh sakit dek kerana  tekanan darah tinggi dan juga perut kembung ! Sekarang ? Aku boleh gi beraya dan jamahlah makanan yang aku rasa sesuai untuk aku makan seperti ayam  rendang ke..kuih pun tengok yang tak tinggi gula atau bertepung sangat. 

Diorang tak terasa hati ke ? Alhamdulillah.. diorang pun dah sedia maklum dan ada yang ikut dah pon. Berpegang makan sederhana tu betul dah tapi kena tahu la apa yang boleh dimakan. Jauhi yang memudaratkan walaupun kata skit skit je tak merosakkan. Ko tinggal dalam perut aku ke ???

Aku malas nak ikut cakap orang ! Cermin dulu muka sendiri baru kasi nasihat terutama mereka yang kononnya jaga diri tapi dok amik macam macam suppliment ! Apahal ? Aku makan je makanan sebenar.. dah memadai ! Enjoy makanan sebenar yang Allah berikan dari makan ubat ubatan kilang bikin ! Huhuh..

You May Also Like

0 comments