Buat duit dengan blog !

by - Khamis, April 25, 2024


 Relevan lagikah blog sekarang ni ? Sekarang ni, orang tengok video ! Buat video lagi masyuk dan tinggi engagement ! Buat video lagi puashati. Lagi senang viral. Lagi ramai followers. Lagi ramai orang nak like dan share

Aku dah berblog dari tahun 2009. Video pun ada aku buat. Dua dua ada bayaran dan Alhamdulillah. Boleh la nak cover bayar itu ini dan meneruskan kehidupan tanpa tunggu Perdana Menteri umumkan bantuan. Gitulah. 

Berdasarkan pengalaman aku la dalam dunia media sosial ni, paling best dalam berkarya ialah berblog ! Kenapa berblog ? Bila orang membaca , tulisan kita tu tak ramai boleh baca dan fahamkan. Hanya mereka yang benar benar hayati saja akan faham berbanding menonton video video karya manusia biasa cam kita. Video ni kebanyakkan tengok je dan akan faham berbanding membaca. Nak kena fikir dan perlu ada fakta. Dan paling penting, blog orang tak leh nak edit edit ! Heeee... tak macam video. Mudah jadi fitnah. 

Nah.. apa kata , buatkan satu blog untuk anak anak korang yang dah berumur 12 tahun ke atas. Mereka yang sudah pandai mengarang tak kira la dalam Bahasa Melayu atau English , inilah masa untuk buat duit ! Lepas siap , update dulu blog selama sebulan pastu mohon iklan Adsense atau letak link affliate seperti Shopee dan Lazada. Nah... inilah duit yang akan dijana selagi blog kita wujud ! 

Ada ke orang baca blog kita ? Medium untuk promote blog dah ada banyak sekarang. Boleh guna semua selagi ada internet ! Nak tulis apa ? Heee... macam macam boleh dikongsi bersama. Asalkan tidak menyentuh sensitiviti agama , bangsa dan negara.. buatlah ! 

Jangan fikirkan nak kaya.. fikirkan dulu apa yang boleh kita berikan pada pembaca. Bab duit akan masuk dengan sendirinya selepas itu. Inshaallah. Dan jangan lupa , declare cukai bila dah mula ada pendapatan dari media sosial. LHDN baca post aku ni. Hahahaha... 

Ingat.. apa yang kita hasilkan di media sosial ni adalah saham akhirat. Dosa atau pahala , kita sendiri yang kena hadap..

You May Also Like

1 comments

  1. Betul tu, Blog satu-satunya media sosial yang releven sepanjang zaman dan boleh jana pasif income dari blog.Saya pun salah seorang blogger yang jana pasif income dari blog walaupun blog dah wujud sejak tahun 2011, sampai sekarang masih boleh jana income.alhamdulillah.

    BalasPadam