Tips jaga kesihatan anak anak di hari raya nanti !

by - Sabtu, April 06, 2024

Alhamdulillah.. Raya di Kelantan lagi tahun ni. Dugaan beraya di tempat orang ni , tinggi sebenarnya. Kalau di rumah sendiri , mudah ! Hahaha.. Camana tu eh ? Kat tempat orang ni, aku nak jaga pemakanan anak anak sukar sebenarnya.

Nasib baik wife dah ikut cara aku yakni berhenti amik gula , minuman manis dan rendahkan makanan  berkarbohidrat tapi dia mudah tergoda gak la atas dasar sesekali... atau bukan selalu pun ! Ini yang kekadang bikin aku geram ! 

Betul.. bukan selalu tapi ianya mendatangkan ketagihan semula pada kemanisan. Aku kata dah kat dia.. kalau perlukan kemanisan , tengoklah muka aku setiap hari. Dah cukup bergula muka aku kebelakangan ni. Jerawat pun segan nak naik ! Haaaa... 

Ramai dah pulang ke kampung halaman. Makanan yang dihidangkan , pastinya cukup menyelerakan. Bergula , berminyak dan bergaram ! Aduh... nak tolak tak leh sebab yang hidangkan tu mak kita.. mak mertua la.. atau adik beradik yang beli di bazaar. Kang diorang kata kita poyo lak sebab nak jaga badan. 

Nah.. kesilapan kita di sini ialah kita dianggap nak jaga badan walhal kita nak jaga kesihatan ! Kos rawatan kesihatan di zaman Madani ni semakin meninggi. Gi klinik swasta untuk demam biasa pun dah lebih RM50 ! Kalau siap ada batuk selsema , mau garu kepala !! 

Yer.. sapa suh tak gi klinik kerajaan kan ? Kalau gi dah terus boleh check up dan dapat ubat, senang ! Ni berjam gak menunggunya ! Maka apa pilihan yang ada ? Jagalah kesihatan kita.. Duit beli ubat tu, boleh guna beli makanan yang sedap lagi menyihatkan seperti buah epal , oren , buah naga , brokoli , gajus , almond dan sebagainya ! 

Alhamdulillah.. sejak aku jaga kesihatan diri sendiri dan keluarga , anxiety aku dah takda. Sebelum ni nak gi solat berjemaah kat surau atau masjid pun aku dah mengigil ketakutan. Jantung laju dan bepeluh di dahi walaupun berada di dalam tempat berhawa dingin. Terpaksa guna double face mask. Anak anak lak, mudah selsema dan berkahak ! Setiap bulan wajib gi klinik.. sorang demi sorang ! 

Masa raya nanti... tolong sesama kita. Hidangkan air yang kurang manis. Jauhkan air air berkarbonat dari kanak kanak dan orang dewasa. Tak perlu beli pun sebenarnya. Kemudian nasihatkan anak anak kalau makan biskut raya tu , amiklah sekadar untuk rasa yakni seketul dua jer. Janganlah abiskan sebalang ! 

Sebelum nak gi beraya tu, makanlah di rumah terlebih dahulu. Jangan isi perut penuh penuh di rumah kenalan kita. Makanlah sekadar memenuhi jemputan. Bukan memboroikan perut kita. Siap sedia air mineral dalam kereta. Jangan balun air manis bergelas gelas dalam sehari. Nasihatkan anak anak kita juga. 

Gula.. merosakkan tubuh badan kita untuk jangka panjang. Bila dah berumur , baru akan terasa sakit sana sini. Ketika tu , nak gi klinik buat pemeriksaan atau ke hospital pun dah tak larat. Takkan kita nak abiskan usia tua kita dengan ulang alik ke hospital dek kerana kesilapan kita masa muda dulu ?

Sayangilah anak anak kita... 
 

You May Also Like

0 comments