Disebalik kemeriahan Aidilfitri 2024

by - Isnin, April 15, 2024


Alhamdulillah... Perancangan ketika Ramadan , berjalan dengan baik. Malah ada penambahbaikan pada perancangan tersebut. Rancang pulang awal ke kampung dan kembali ke bandar mengikut jadual. Kalau ubah, pastinya kami salah sebuah antara kereta yang tersangkut dalam kesesakkan jalan raya berbelas jam lamanya ! 

Rekod yang aku dapat tahu, ada yang sangkut hampir 20 jam ! Pergh.... tak leh bayang camana laaaa rasanya. Kami yang 8 jam ketika pulang pun berkematu punggung ! Tapi... sampai rumah, aku tetap gi gym malam harinya. Heee.. 


Raya kali ni.. terasa sedikut suram. Mungkin masing masing terbayangkan keadaan di Palestin ? Kita nak bergembira lebih lebih pun terasa 'sedih' sebenarnya. Entahlah... aku tetap dengan rutin kesihatan aku. Ada target walaupun bukanlah untuk masuk pertandingan pun tapi lebih pada kesihatan dan kepuasan. Dalam keadaan masa yang sama , aku membawa kesedaran pada ramai kenalan mengenai kesihatan. 

Syawal tiba... makanan penuh atas meja ! Setakat ni ( Syawal 6 ) , aku berjaya tak makan lemang dan ketupat lagi. Bukan sebab nak jaga badan tapi aku tahu impak pada nafsu makan aku jika aku mulakan. Aku jenis payah nak kawal nafsu. Maka jangan mulakan ! 

Tapi aku masih teruskan apa yang aku amalkan. Seperti makan ketika sarapan aku masih dengan telur rebus dan air halia. Yer...air halia wajib minum setiap hari terutamanya pagi dan malam sebelum tidur. Banyak manfaat halia ni jika diamalkan setiap hari. 

Dan makan malam sebelum jam 8. Workout masih setiap hari. Rugi tak gi sebab bayar dah sebulan. Maka wajarlah aku manfaatkan. Gi pagi dan petang. Heee.. Itu je cara aku enjoykan diri aku tanpa melibatkan orang lain walaupun ketika di Kelantan. Nah... kali ni aku dah berjaya beranikan diri memandu seorang diri ke bandar Kota Bahru semata mata untuk ke gym saja. 40 minit pemanduan selepas solat subuh di masjid. Fuh.. dulu aku tak berani ! 12 tahun menikah !! Tak berani. 



Kembali ke rumah... rutin seperti biasa.Agak susah juga nak betulkan anak anak yang dah sedap berehat ketika di kampung. Namun kewajiban tetap dibuat. Belajar secara online setiap malam bersama Fly High Education Centre adalah wajib. Nak main  sepupu sepupu , buat selepas tu ! 

Gitulah... bagi aku , Aidfitri kali ni terasa sangat kelainannya. Alhamdulillah. Aku berjaya ubah. Dan anak anak turut ikut sama. Semoga Allah tidak membolak balikkan hati aku ni... moga ke hujung nyawa!


Info lanjut di :  Fly High Education Centre 

You May Also Like

1 comments

  1. Dah termakan tart nenas dan lemang. Lepas ni akan kembali jaga pemakanan seperti biasa.

    BalasPadam