Mansuhkan lesen kedai makan 24 jam ?

by - Jumaat, April 26, 2024

Pada awalnya aku bersetuju. Tapi bila fikir fikir semula , punca obesiti ni bukanlah disebabkan kedai makan  tapi apa yang dijual di kedai makan ni. Dikatakan antara penyebab makan lewat malam punca obesiti walaupun makan lewat malam tak bagus untuk kesihatan tapi bagi aku boleh je jual makanan makanan sihat di malam hari. 

Pengusaha kena fikirkan apakah makanan yang sihat untuk pelanggan mereka , tak kira siang malam sebenarnya ! Tak susah pun. Contohnya telur rebus 3 rasa ke.. telur goreng masak asam pedas ke.. Ayam , ikan.. nah ! Cuma pastikan jangan la makan nasi di malam hari. Melainkan lepas makan tu nak gi berkebun terus. 





Seperkara lagi , Persatuan Pengguna kena mintak kerajaan banned semua makanan makanan segera yang tak berkualiti yang dijual di pasaran tu. Lambakan makanan bertaraf sampah ni membuatkan ramai anak anak berstatus obesiti dah ! Baru umur 12 tahun dah.. hurm ! Tak caya ? Gi masuk kedai serbanika 24 jam tu yang mana ada siap tempat duduk makan dan apakah yang dimakan mereka ! 

Satu lagi.. makanan makanan yang berstatus sampah ni bukan saja punca obesiti tapi pelbagai penyakit kronik yang semakin menjadi pembunuh utama di negara kita ni. Tu belum masuk lagi air air minuman yang kononnya berkhasiat ! Aduh... anak anak ketagihan ! 

Satu lagi.. mak ayah kena bantu la anak anak ni ya. Dapur tu jangan la ada makanan makanan sampah ni. Sian mereka. Memang mereka suka. Benda benda ni , anak anak suka ! Yang suka tu.. lidah dia tapi usus ? Hati ? Buah pinggang ? Jantung ? Otak ? Menderita ! Tak caya.. tengok la badan anak anak kita. Kau ingat berbadan besar tu comel ? Kita nampak comel.. mereka di sekolah kena perli. Kalau main bola je . posisi untuk mereka jadi gol keeper ! Jadi tembok ! Kena bola , tak sakit kononnya ! Sian... Aku dah lalui semua ni. 

Restoran nak buka 24 jam tu tak kisah bagi aku. Asalkan bersih dan menjual makanan yang sihat walaupun di malam hari. Mereka yang bekerja belah malam boleh la makan atau mereka yang rasa rasa nak melepak menghilangkan stress tu... sambil layan bola atau movie kat skrin besar tu, layan la. Cuma jangan dibuat selalu. Tak sihat.. 

Ubah gaya hidup.. inshaallah semua akan berubah termasuklah kedai makan. 





 

You May Also Like

0 comments