Bahaya ke guna whey protein ?

by - Khamis, Julai 27, 2023


Ada rakan di Tiktok tanya aku , bahaya tak kalau guna whey protein ni ? Katanya bacaan buah pinggang dia tinggi sedikit selepas guna whey protein. Aku jawab, sila rujuk doktor anda. Betullah.. tanya aku , aku bukan doktor yang buat pemeriksaan tubuh badan dia. 

Alhamdulillah.. aku dah guna whey protein ni rasanya sejak hujung usia 20an. Awal awal aku guna Muscletech. Tapi harga masa tu, mahal tak terkata. Bukan sebab produk tu cun giler tapi sebab kedai tu amik untuk kaw kaw punya. Peliknya bila beli dua , dapat murah ! Hahahaha.. dalam erti kata lain, kena beli dua baru dapat murah. Dulu kedai jual menda menda gini tak banyak. Kalau ada pun jauh jauh kena gi beli. Naik turun bas kau ! 

Sehingga sekarang , aku masih guna whey protein ni. Masalah utama mereka yang guna whey ni, mereka jadikan ianya makanan utama! Tu yang salah. Whey protein ni sekadar suppliment. Jika pengambilan protein harian kita tak cukup , masa inilah whey protein ni  ditopup untuk membantu. Tapi kenalah ambil ikut sukatan yang disyorkan seperti satu scoop sekali guna. Sehari dianjurkan 2 kali je ambil. 

Sepanjang aku keluar masuk gym melayan besi ni, aku dah guna pelbagai jenis whey protein. Ada yang baru sekali guna, aku buang dalam tong sampah. Ada yang berkali kali aku guna dan memberikan kesan positif cuma kita kena tahu, ianya bukanlah berkekalan. Ianya mampu 'surut' di satu ketika. Maka sebab itulah , real food sangatlah penting. Wajib kena ambil setiap hari dengan jumlah yang disyorkan pakar pemakanan. 

Satu isu lagi ialah kualiti dan ketulenan whey protein ! Hurm... lambakan produk whey protein sekarang ni menakutkan ! Payah nak cari mana yang tulen , mana yang campur dan paling mengerikan, mana satu yang tiruan ! Aduh.. sampai hati diorang jual produk tiruan ni pada kita. Nayaaaa !

Maka sebab itulah , aku lebih suka beli di kedai yang aku percayai saja. Di situ aku boleh tanya dan bersoal jawab tentang whey protein yang aku berminat nak beli dan guna. Dan paling penting , ikut duit poket yang aku bawa masa tu. Heeee.. Kalau duit tengah ada , ambil yang best skit.  Maksud best bagi aku ialah kandungan proteinnya tinggi dan tak banyak campur dengan bahan lain. Nak pure !

Di Gorilla Sport Nutrition , ada banyak pilihan. Staff pun banyak membantu. Nak parking kereta pun senang. Nak lagi senang , beli je online. Kualiti dan ketulenan , terjamin ! Bagi yang ada masalah dengan kesihatan , sila dapatkan nasihat dari doktor peribadi anda ya..









Untuk pertanyaan atau belian : 

Gorilla Nutrition Sport  : 3-G, CEMPAKA MALL, Jalan BBN 6/2b, Desa Cempaka, Nilai , 71800


You May Also Like

0 comments