Beli whey protein di Sepang atau Nilai !

by - Jumaat, Julai 14, 2023


Abis dah whey protein aku ! Kesan selepas dua minggu guna ? Sejujurnya aku dapat rasakan sedikit perbezaan terutama dari segi pembakaran lemak dan keanjalan otot. Naik membesar la skit dan lebih nampak lean. Mungkin sebab ada kandungan L Carnitine ? Kalau korang nak turunkan berat badan, sesuai guna Fit Protein dari FitFirst ni. 

Tapi kalau was was nak beli dan perlukan khidmat nasihat dari penjual yang punya infomasi mengenai produk bersesuaian dengan korang, boleh je roger terus owner Gorilla Nutrition Sport. Dia sedia membantu memberikan penerangan. Harga pun mampu beli. Boleh tahan sehingga 3 minggu jika 2 kali sehari guna. Sedap rasanya. Tapi kalau campur ngan almond mahupun walnut, lagi padu. Hee...

Aku dah cuba macam macam whey. Ada yang baru sekali aku minum, terus aku jatuh sakit. Jadi kembung perut ! Aduhhh... naya sungguh la. Aku buang terus protein tu. Nasib baik murah. Sejak tu aku malas nak beli produk yang murah murah ni. Beli la yang berkualiti skit. Tapi kena hati hati gak la. Kena baca kandungan terutama part gula dan protein tu. Bahan tambahan dalam tu pun kena tau gak apa fungsinya. Jangan main rembat jer. Orang lain mungkin dia sesuai.. belum tentu sesuai untuk kita. Kan ?




Ok... Memandangkan dah abis whey aku , maka terpaksalah aku singgah ke Gorilla Nutrition Sport di Nilai. Kalau dulu , aku rajin beli di gym tapi sekarang aku lebih suka ke sana sebab ada banyak pilihan whey. Dari tempatan punya hingga ke Eropah ada jual ! Sediakan duit jer. Heee... Oh ya, parking pun senang. Free..

Kat sini mudah. Owner dan staff membantu sangat. Tanya je apa soalan , diorang akan jawab dengan tenang. Bagitau je bajet korang berapa.. diorang akan syorkan tapi ikut apa kita inginkan. Jangan main beli jer. Rasa betul betul sesuai, baru ambil. Cuba dulu sebotol.... 

Bulan ni.. aku nak cuba Kevin Levrone Anabolic Iso Whey. Nak tau camana kepaduan dia. Heee.. Rasa dia ngam ngan tekak aku. Serbuk halus jer. Mudah terlerai bila digoncangkan dengan air. Harga je la agak premium sedikit. Heee... Bahan tambahan ada BCAA jer.. Ok la tu. Aku tak nak ada banyak sangat bahan  tambahan. Nak ada byk protein jer.. 

Hasilnya... kita tunggu hujung bulan eh ? Heee..



Gorilla Sport Nutrition : https://shopee.com.my/gorillasportnutrition

You May Also Like

1 comments