Penerangan bagus bila beli whey protein di Gorilla Sport Nutrition , Nilai

by - Ahad, Mei 28, 2023

Kos nak jaga badan ni bukan murah. Tapi kos untuk mengubati sakit lagi tinggi , kan ? Haa..gitulah aku berfikiran. Lagi pun aku dah lalui zaman 'boroi' dan aku tak menyukainya walaupun aku ke gym setiap hari. Rasa tak sihat setiap hari dan kemalasan setiap saat. Mudah stress dan hilang fokus. 

Aku ubah gaya hidup. 

Pertama sekali , tabiat pemakanan aku. Buang segala yang tak bermanfaat untuk tubuh badan dan fokuskan pada yang memberi kelebihan.  Kemudian barulah bersenam, setiap hari ! Heee... setiap hari ? Gila ke apa ?? Apa nak gilanya ? Kalau setiap hari kita makan.. apa salahnya bersenam setiap hari ? Bukan susah pun. Nak paling mudah, briskwalk jer depan rumah. Dapat 30-40 min dah la. Sambil layan lagu di handphone..berjalanlah kita. Banyak manfaat brisk walk ni walaupun nampak mudah. Otot otot di badan perlu dimanfaatkan. Jangan sekadar guna jari jemari dan otak jer. 

Bab pemakanan , aku kurangkan sedikit pengambilan karbohidrat terutama nasi putih. Yer, aku tahu.. Nasi putih tak bersalah ! Ada orang boleh kawal pengambilan nasi putih tapi aku tak boleh. Nak makan nasi, kena ada lauk pauk yang sedap sedap belaka. Bertambahlah jawabnya. Tu pasal aku 'gagal' kawal nafsu bab nasi ni. Sebaiknya aku hindari terus dan aku terasa banyak perubahan selepas berhenti amik nasi putih ni. Kalau korang jenis bekerja guna 90% kederat 4 tulang.. nasi putih pentinglah ya. Aku duduk rumah jaga anak jer.. Hee..

Ok..Disebabkan aku dah lebih 40 tahun pun walaupun kelihatan 30an , kajian mengatakan manusia bila dah lebih 40 tahun ni akan alami kehilangan jisim otot. Keadaan berkenaan disebabkan tahap testosteron yang lebih rendah pada lelaki dan tahap estrogen yang lebih rendah pada wanita. Otot penting yer. Otot bukan yang nampak di tangan abam sado tu tapi seluruh badan kita. 

Tu yang kita perasan bila dah berumur, lutut mula tak kuat..sendi lengan bermasalah dan banyak lagi. Bagi individu yang tidak aktif secara fizikal akan mengalami pengurangan jisim otot tanpa lemak sebanyak tiga hingga lima peratus setiap dekad selepas itu.

Menjaga jisim otot memerlukan protein yang jauh lebih sedikit daripada membina otot baru. Sebagai contoh, elaun makanan yang disarankan untuk protein bagi orang dewasa rata-rata ialah 0.37 gram (g) per paun berat badan, dan itu sama dengan kira-kira 56 g jumlah protein untuk orang dewasa 150 paun.

Ah , panjang lak ceritanya. Hahaha.. disingkatkan cerita , setiap hari aku ambil protein dari real food dan juga whey. Aku kan bersenam siang malam. Badan memang terasa lain macam tapi 'berkemampuan' sebab aku fokuskan pada fitness setiap hari. Bukanlah nak jadi bodybuilder pun. 

Nak guna whey protein mana satu ? Ada banyak di pasaran ! Biasanya aku beli je di gym tempat aku gi atau secara online. Tapi selepas 'terkena' sekali, aku tak nak dah. Aku gi beli kat gym je tapi masalahnya, kat situ takda orang yang 'berpengetahuan' untuk  menerangkan pasal produk yang dijual. 

Di gym tempat aku gi, ada sorang kenalan yang juga pemilik kedai jual produk suppliment kesihatan ni. Dia dah menjual produk suppliment ni sejak PKP. Banyak kajian dia buat mengenai produk produk ni malah dia sendiri gunakan. Ada orang , dia jual tapi dia tak bersenam dan juga amik produk tu. Sembangnya kencang tapi kosong. Gitulah.. 

Disebabkan itulah aku ke Gorilla Sport Nutrition. Nak tengok sendiri. Aku tertarik dengan beberapa produk whey. Aku fokus pada whey je sebab nak maintain je apa yang ada. Nak kasi besar atau cantik tu, tak mampulah. Hee.. faktor umur ? Tak gak.. Kena amik banyak faktor seperti aku tak larat nak kena ngorat ngan lelaki miang. Hahahahhaa ! 

Aku dibawa pusing dalam kedai. Takda paksaan untuk amik apa apa produk. Apa yang aku tanya , Mr.Gym akan terangkan dengan lancar dalam Bahasa Melayu walaupun dia berbangsa Cina. Fasih dan hensem orangnya. Hahahaa.. 

Ada 3 jenis yang menarik perhatian aku. Muscletech , Kingdom dan USN. Ada perbezaan setiap jenama ni. Dari segi gula dan juga bahan. Aku dah guna 2 botol Whey Kingdom. Memang best la. Takda rasa manis dan ringan jer. Bila aku campurkan dengan telur setengah masak , kekacang seperti walnut dan almond, memang sedap ditelan. 

Tapi aku tertarik dengan USN. Kuat promosi USN sekarang ni. Kenapa ? Sebab mereka ada Halal Cert ! Kingdom pun ada gak cuma  USN whey ada beza dari segi bahan kandungan dia. USN ada tambahan Tribulus dan juga Glycine. Dua ni takda dalam Kingdom. Kalau korang tak suka manis , amik Kingdom.


Untuk korang yang kurus dan tak sempat nak makan banyak, boleh try yang ni. Tapi pastikan la aktif ya. Jangan tidur memanjang. 

 

Gitulah serba sedikit penerangan yang diberikan pada aku. Tergoda dengan USN kali ni. Aku cuba dulu guna sebotol dua untuk tahun ni. Lagi pun aku bukanlah guna banyak. Satu scoop sekali guna dan sehari , 2 kali je amik. Tu pun aku campur dengan telur setengah masak , kurma atau oats. Untuk kasi kenyang gitu terutama lepas workout di pagi hari.

Untuk pertanyaan atau belian : 

Instagram :  https://www.instagram.com/gorilla_sport_nutrition/


You May Also Like

0 comments