Samsung S23 Ultra vs Sony Experia 1 IV

by - Isnin, Mei 22, 2023

Samsung Note 20 aku , skrin problem akhirnya. Dah hampir setahun sebenarnya dia dah nampak bakal bermasalah cuma aku tunggu dia benar benar berbaloi untuk ditukarkan skrin memandangkan masih ada jaminan dari pihak yang menjualnya pada aku. Sehingga 2024. 

Alasan tak nak tukar lagi sebab masalah dengan aplikasi media sosial aku tu la. Ada banyak sampai tak tau apa password dia ! Boleh gitu ? Haahahah.. jenuh. Tapi bila dah kena, baru mengelupur nak cari balik password dan juga buat semua back up. Jenuh aihh... 

Gi hantar kat penjual.. Staff dia check dan kata akan siap dalam masa 2 minggu. 2 minggu ?? Aduh.. jenuh la. Takkan nak guna phone Qhaliff ? Fuh. Berpeluh ketiak aku jap. Dah la aku punya kerja memerlukan penggunaan phone 24 jam. Ditambah lagi dengan kualiti gambar yang bakal aku gunakan tu.. memang ke laut dalam la. Perlahan pun satu hal. 

Fikir punya fikir.. aku nekad. Aku perlukan phone baru yang lebih baik. Persoalannya , nak guna phone apa ? Dalam kepala aku cuma Samsung atau Sony... Kenapa Sony ? Kualiti gambar dia memang tak dapat dinafikan cukup power la berbanding Samsung dan juga skrin dia. Paduuu !  Cuma masalah Sony ni ialah Operasi Sistem dia la.. cukup basic jer berbanding dengan Samsung S23. Jauh kalah la.. Dan juga Samsung S23 ( Ultra ) ada S Pen. Orang yang bekerja dengan telefon ni , memang berbaloi guna S Pen ni.

 
Dari sudut harga , kedua dua ni lebih kurang je la. Berdarah gak la hidung nak beli. Hahaha.. Kalau nak murah, ada je lagi cuma antara puashati atau sekadar ada di tangan. Cenggitulah. Bagi yang dah biasa guna Ferrari , tiba tiba nak guna Honda tu..memang terasa la walaupun Honda tu dah best. Cenggitulah. 

Akhirnya, aku buat keputusan..  Nekad ! Dah fikir masak masak.. Aku amik yang berbaloi aku gunakan.Walaupun dua dua aku suka.. huhu..


Alhamdulillah.. semua aplikasi aku berjaya aku masukkan kembali. Dan , aku berpuashati sangat sangat la dengan yang baru ni. Lagi 3 tahun tukar phone.. duk diam diam kat rumah , makan je biskut. 

You May Also Like

2 comments

  1. dua-dua hebat jenamanya, setakat ni saya mampu yang marhein je.....

    BalasPadam
  2. Bagus tu dua-duanya, namun Samsung s23 Ultra tetap yang terbaik..

    BalasPadam