Terasa kasihan bila baca luahan mereka !

by - Ahad, Mei 21, 2023

Aku ada join satu grup ni di Facebook. Setiap hari ada saja luahan atau pertanyaan dari rakan rakan. Ada yang pernah aku lalui. Ada yang kata segalanya berpunca dari suntikan tu ! Tapi sejujurnya aku nak cakap, aku dah rasa menda ni lama dah. Sebelum Covid 19 datang lagi. Tapi ketika tu tak teruk sangat sehinggalah awal awal PKP. Setiap hari aku duduk terbaring baca kes kes yang membawa kematian apatah lagi yang terlibat adalah dikalangan yang rapat rapat. menda ni menjadi semakin parah.

Tapi segalanya makin parah bila kita duduk di rumah tak buat apa apa ! Tak boleh keluar rumah. Tak boleh beriadah. Tak boleh bersukan. Apa nak buat ? Makan.. minum... masak apa tak jadi pastu makan. Pergh.. segala mak nenek resepi makanan minuman lalu di depan mata. Ada yang terliur , bikin dan amalkan. 

Hurm... racun racun dalam badan ni , bukan hari ni minum atau makan , esok kena dah.Makan tahun. Macam aku sendiri la.. 10 tahun aku jadi blogger.. macam macam jenis makanan aku review. Seronok laa.. dapat makan free yang sedap sedap. Manis...masin..masam.. segala rasa ada. Bila teringin semula jenis jenis makanan yang masuk dalam perut, tak kira masa.. Allahuakbar ! Menyesal pun ada. 

Apa jadi pada aku ?? Aku tak perasan sehinggalah aku teringat kata kawan aku ,berkali kali ! Dia kata aku rajin gi gym tapi nape perut nampak boroi ? Aku ingatkan biasa laa.. banyak makan tapi berpegang asalkan kita rajin bersenam, ok la.. 

Rupanya aku salah ! Apa yang kita makan , memberi kesan pada hari mendatang.Bukan kelihatan di luar saja tapi di dalam juga. Pada organ organ dalaman. Aduh.. silap betul aku. Aku bukan saja kembung perut tapi sakit kepala setiap pagi , mudah kena asid refluks , tak boleh kawal baran dan sendi sendi selalu sakit ! Anxiety ? Aku dah cerita dalam blog ni beberapa hari lepas. 






Mesti korang nak kata.. " Eleh , last last promote produk dia ! " Kan ? Senang jer.. aku kasi  tau apa yang aku buat. Korang boleh je guna apa yang ada di depan mata korang tu. Bukan suruh beli pun melainkan korang nak guna apa yang aku guna. Nah, aku guna serbuk Halia#1 dari Sabah ni. Kawan aku sendiri yang usahakan dari A hingga Z ! Kenapa aku guna yang ni ? Aku percaya 100% halia yang digunakan terdiri dari yang berkualiti. Bukan halia rejek , halia tua atau halia yang dah rosak.. Pastu takda campuran bahan lain. 100% asli halia. 

Aku amalkan minum halia ni sejak dia kasi kat aku. Ketika tu wife aku kena gastrik level tak boleh bangun la dari katil ! Bawak gi hospital pun tetap macam tu gak. Tapi Alhamdulillah, segalanya berubah bila aku ubah gaya hidup aku ni.

Air halia ni bukan kasi sembuh 100% ! Tapi ianya membantu masalah perut aku ni. Seperti baru baru ni, aku tersalah makan. Dek kerana sedap sangat .. aku terlupa bab SEDERHANA ! Aku balun sampai abis bendi bersambal tu. Cili kering tu bikin perut aku kembung. Keluar masuk aku tandas sepanjang malam. Pastu rasa tak selesa sangat dah perut. Selepas solat subuh tu, aku terus bancuh air halia. Buat 2 kali. Alhamdulillah , pastu legaaaa sangat perut aku. 

Begitu juga dengan Zahra. Jumaat lepas , dia tak gi sekolah. Katanya sakit perut. Terbaring je dia. Tak larat nak bangun. Jarang dia tak nak pergi sekolah kecuali dia betul betul tak larat. Aku bancuh air halia dan campurkan sedikit madu. Aku bagi dia minum. 10 minit pastu, dia dah kembali melompat dan bergaduh dengan abang dia. Alhamdulillah.. 

Kalau korang tanya aku la.. simpan la sebotol serbuk halia ni di rumah. Banyak manfaatnya terutama mereka yang suka minum manis tapi nak ubah tabiat tu , amalkanlah air halia setiap pagi dan malam. Korang boleh campurkan dengan lemon dan juga madu. Macam aku, sesekali aku campurkan dengan kunyit dan habbatus sauda. Hee..

Aku tak nak bergantung pada ubat ubatan kimia. Selagi ada solusi , aku guna yang natural. Yang penting , aku kena jaga makan minum aku. Dalam usia aku sekarang ni, nak menikmati makanan yang sedap sedap... sebulan sekali ok la. Selebihnya, makanlah untuk teruskan kehidupan. SEDERHANA !


Pertanyaan : https://halia1.wasap.my
Instagram : www.instagram.com/halianosatu

You May Also Like

0 comments