Cuaca panas terik satu hal , gajet satu hal lagi !

by - Rabu, Mei 24, 2023

Cuaca terik di pertengahan tahun. Tahun lepas pun gitu gak. Dia punya terik , bukan calang calang. Kalau memandu di jalan raya ketika matahari di atas kepala , memang perit la mata bagi mereka yang ada masalah silau ni. Malam hari lak , dengan lampu putih yang bukan original. Kalau original lampu tu, takda masalah. Ni yang fake punya.. perghhh ! Buta mata jap ! Serius buta !! Dan sangat merbahaya. 

Anak anak lak, kena masuk kelas online  Flyhigh tiap malam. Siang hari , diorang layan la sekejap phone. Tak leh lama lama. Kasi pun lepas diorang buat ulangkaji pelajaran dan sebelum keluar gi sekolah. Gitulah.. zaman sekarang. Ikut la pada ibu bapa. 

Dan bila diorang tengok skrin gajet ni ,ada risikonya. Mata akan bermasalah satu hari nanti. Malah ada dah berlaku pada anak anak kawan aku. Bila gi check.. dah ada masalah silau. Masalah silau ni, memang bikin masalah. Hilang mood nak belajar di kelas. Tak nampak !! Aku dah lalui sejak zaman sekolah rendah lagi. Masa tu tak reti  nak cakap apa masalah tapi cikgu dapat kesan melalui pemerhatian dia. Punca aku masa tu silau , dek kerana membaca dalam gelap guna lampu suluh. 

Gi bawa anak anak check mata dengan doktor mata terlebih dahulu. Tanya apa saranan dia. Jika dia syorkan guna cermin mata , jangan pening pening. Kalau dulu , wajib pening. Sekarang , kita banyak pilihan. Ikut kemampuan kita jer.. 

Dan untuk orang dewasa.. buat macam aku. Kanta ada jauh dekat , tukar gelap dan anti sinar uv. Bab harga, korang boleh je bincang dengan tuan kedai yang aku syorkan ni. InshaAllah leh kaw tim punya. Ikutlah kemampuan kita.. 



Eyes Vision Group 
Lokasi : G096, Level G , Sungei Wang Plaza , Jalan Bukit Bintang , Kuala Lumpur. 
Whatsapp :  https://eyesvisiongroup.wasap.my/

You May Also Like

1 comments

  1. Satu kejayaan yang besar bila dapat kawal anak guna gajet. Sangat sukar ibu bapa nak kawal dan jalan mudah tiada kawalan langsung dan ini sangat bahaya. Tahniah, Ben!

    BalasPadam