Tuisyen Online Sesi Akademik 2023/2024

by - Khamis, Mei 11, 2023

Belajar depan mata senang ! Nak hantar ke kelas tambahan , kena kejar masa. Kena ambil hantar satu hal lagi. Walaupun ada yang dekat tapi akan terkejar kejar. Tambahan pula jika belajar secara online, 'ramai' boleh belajar bersama. Maksud ramai tu, adik boleh tengok dan belajar bersama. Mak ayah pun boleh menuntut ilmu. Bukan apa.. pelajaran sekarang ni makin advance gitu ! Kalau mak ayah tak bersedia, boleh pening jadinya. 

Alhamdulillah.. sejak PKP lepas , anak anak aku dah join kelas Flyhigh dan Rely ni, tugas aku sedikit kurang la. Masing masing dah tau nak kena buat apa terutama bila ada kerja sekolah mereka yang perlu diselesaikan di rumah. Aku pun senantiasa pesan pada mereka jika tak faham , tanya je terus pada cikgu. Bukan susah pun.. tak perlu angkat tangan atau malu malu. Secara online je. Mudah. 

Cuma bila belajar secara online ni , mak ayah kena duduk sebelah mereka buat seketika hingga mereka dah selesa. Haa.. gitula maksud aku. Jangan terus biarkan mereka jer pastu harap mereka cemerlang. Bukan gitu caranya. Dan bagusnya, kita boleh lihat sendiri apakah anak anak kita ada peningkatan atau sebaliknya. Jangan sekadar menilai melalui kertas ujian atau penilaian dari cikgu di sekolah. Cenggitu..


Sedikit info mengenai kelas tuisyen online yang terbukan sepanjang tahun ini. Ianya terbuka untuk tahun 3 - tahun 6 dan untuk sekolah menengah pun ada. Untuk sekolah rendah , hanya RM99 sahaja untuk 4 subjek teras & 16 kali sesi kelas , selama sebulan.Menariknya , bahan belajar & rakaman kelas disediakan.

Cara nak daftar mudah jer. Terus ke laman web mereka iaitu di www.relyportal.com atau boleh je hubungi team support mereka. Bantuan akan diberikan. Segala pertanyaan akan dijawab. InshaAllah. 

ReLY Support Team 

Wasap.my/60192292022 / Wasap.my/60176241005 / Wasap.my/60145078939

Facebook : https://www.facebook.com/rely.apps

 

You May Also Like

2 comments

  1. ANAK HAS 2 ORG AMBIK NGAN FLY.. ADA RAKAMAN... SENANG, XDE LA TERTINGGAL KELAS

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam