Hilangkan anxiety !

by - Rabu, Mei 17, 2023





Dalam tak sedar, sebenarnya perut aku dah bermasalah sebelum Covid 19 menyerang dunia lagi. Ketika tu aku perasan perut aku mudah kembung kelihatan seperti boroi dan cepat semput bila banyak bergerak walhal aku selalu je keluar masuk gym. Aku ingatkan aku ada masalah dengan stamina. Malah bila gi klinik ketika demam , doktor ada tanya... apakah aku ada asma? Aku cam.. biar betul doktor ni ?

Rupa rupanya gaya hidup yg aku amalkan ketika muda memberi kesan di usia 40an. Berpegang makan apa saja asalkan bersenam , membawa padah ! Siang malam makan. Kononnya untuk besarkan otot ! Adoilah.. salah ilmu betul aku. 

Masa awal Covid 19, aku kerap diserang anxiety. Jantung berdegup laju walaupun nak tidur ! Aku seperti amik fat burner ! Berpeluh , mengelabah tak tentu pasal. Bila baca berita pasal kematian sana sini. Kawan kawan dijangkiti virus , aku jadi ketakutan. Aku tak tau sebenarnya aku ada masalah dengan dalaman.

Bayangkan , nak keluar gi brisk walk depan rumah pun aku pakai face mask ! Nak jogging.. nak masuk gym lagi laaa.. bersenam pakai face mask. Anxiety punya pasal. Haih... Aku ingatkan aku ambil langkah berjaga jaga tapi rupa rupanya...

Selepas kejadian menimpa wife aku yang mana dia diserang gastrik , baru aku sedar. Aku banyak follow Dr. Nordin Darus , Dr. Norman , Dr. Mani di media sosial. Aku ada masalah dengan pemakanan aku yang mana aku tak jaga langsung sejak muda dulu. Segalanya aku balun. 

Akhirnya aku tahu apa puncanya dan aku baiki serta ubah gaya hidup terutamanya bab makanan. Aku baiki perut aku dengan amalkan air halia dan herba lain seperti kunyit , habbatus sauda , kulit kayu manis dan sebagainya. Aku minum setiap pagi , sebelum makan dan malam sebelum tidur. 

Gula , makanan proses, makanan bertepung dan makanan segera.. aku berhenti ! Malah di rumah aku, tiada lagi biskut biskut atau jajan ! Semua aku larang beli dan bawa balik. Alhamdulillah , anak anak ikut apa yang aku suruh walaupun pada awalnya , agak payah terutama Aariz. Nasib baik aku rajin tunjuk video video kesihatan pada mereka dan mereka memahaminya dengan baik.

Nasi putih, dah lebih 100 hari aku tak makan. Aku rasa cukup selesa dengan keadaan sekarang. Sebelum ni risau gak la dengan tekanan darah tinggi dan juga punya masalah keradangan di sendi siku dan lutut. Tapi sekarang , takda dah ! Malah , berat badan pun jadi cantik berbanding sebelum ini. 

Ubahlah gaya hidup kita sebelum terlambat. Aku dan keluarga, bernasib baik... Alhamdulillah.

You May Also Like

1 comments

  1. terima kasih atas panduan dan nasihat yang patut diamalkan oleh sesiapa sahaja...

    BalasPadam