Tingkatkan imuniti secara alami !

by - Selasa, Mei 09, 2023

Ramai orang jatuh sakit kebelakangan ni. Faktor cuaca kata mereka. Sememangnya kebelakangan ni cuaca memang panas terik dan petangnya hujan lebat. Kiri kanan kita lak, ramai dok batuk , demam dan selsema. Bukan sehari dua bila jatuh sakit. Klinik kesihatan pastinya penuh dengan 'pengunjung' tak kira tua muda.

Aku... berusaha untuk tingkatkan pertahanan badan dengan mengambil buah buahan tinggi vitamin C. Buah lemon , oren , epal hijau dan kemudian aku campurkan dengan serbuk Halia#1 dan kunyit berserta habbatus sauda. Itu cara aku sejak dua menjak ni. Aku buat smootie. Sebelum ni aku buat jus tapi sedar rugi aku buang serat yang sangat bermanfaat untuk tubuh badan tu ditambah lagi aku dah amalkan rendah karbo kebelakangan ni. 

Selepas minum air ni , aku akan batuk dua tiga kali dan mengeluarkan kahak. Terus terasa lega tekak. Itu pada aku la. Orang lain , aku tak tau. Oh ya, baru baru ni pun Aariz.. anak bongsu aku batuk batuk. Aku buatkan dia air halia dan kemudian ditambah dengan madu kelulut. Sebelum tidur, baru aku kasi dia ubat batuk biasa biasa jer. Alhamdulillah , 3-4 hari je batuknya. Tu pun batuk yang jarang jarang jer. Selsema dan demam , takda. 



 Alhamdulillah... aku sekadar berusaha jer. Selebihnya aku mohon pada Allah untuk lindungi aku sekeluarga. Sebelum ni , rajin la dok telan pil pil vit C tu tapi rasanya aku nak utamakan cara alami sekarang ni.  Nak kurangkan gula sintetik dalam badan. 

You May Also Like

1 comments

  1. ye betul cuaca sekarang panas terik. kesian juga pada anak-anak yang bersekolah

    BalasPadam