Respek ibu atau ayah tunggal !

by - Isnin, Mei 15, 2023

Wife bagitau mak dia kurang sihat. Giliran dia untuk jaga di kampung. Aku angguk dan faham. Ikutkan aku sekeluarga pulang bersama tapi tak boleh sebab urusan baiki rumah belum selesai. Sepatutnya dah selesai tapi.. gitulah. Penat nak bicara mengenainya. 

Wife balik sorang naik kapal terbang. Aku uruskan anak anak selama 3 hari. Nasib semua dah besar tapi bukan mudah nak urus anak anak yang sedang membesar. Paling penat ialah mental kita ! Kalau tak kuat... hurm.. 

Ini bukan pertama kali. Sebelum ni , 2 minggu kami ditinggalkan. Awal awal je perit sikit untuk aku uruskan semua. Tapi selepas beberapa hari , ok dah la. Tapi masa tu, mudah sedikit sebab dah masuk cuti sekolah. 

Aku terfikir.. bagaimana kawan kawan aku yang bergelar ibu atau ayah tunggal uruskan anak anak mereka sendirian. Tanpa pembantu rumah mahupun pertolongan pihak ke tiga. ! Penat weh ! Part memasak , belum lagi tu. Aku masih lagi gi makan di luar. Nasib kos makan situ rendah dan mengenyangkan serta berkhasiat. Heee...

Hantar gi KAFA

Teman si abang sulung ke tempat latihan badminton

Beriadah

Lapar..

Si sulung amik alih tugas aku. Bongsu malas nak makan sendiri.

Malam hari... urus diorang untuk kelas tuisyen online pulak. Sorang guna laptop, sorang lagi guna PC. Senang diorang dah faham camana nak belajar secara online. Masing masing ambil perhatian ketika kelas. Harga kelas pon mampu bayar.  Nasib baik ada wife yang bekerja. Kalau tak.. kiri kanan bil nak kena uruskan. Terpaksa buat kerja kerja tambahan. 

Isnin... terlewat bangun aku subuh gara gara mimpi pontianak mengacau aku ! Haih.. ni salah si anjing yang memanjat kereta aku malam tadi la ni. Bersepah pulak anjing liar di taman aku sejak kebelakangan ni. Hurmm..
 

You May Also Like

1 comments

  1. Alhamdulillah.. banyak kelas yang d sediakan oleh FLYHIGH.. pm sy utk maklumat lanjut : Wasap.my/60126509622

    BalasPadam