Cara mudah nak leankan badan !

by - Selasa, Mei 30, 2023

Lama dah mencuba nak leankan badan tapi asyik gagal jer. Bila dah hampir nak 'kering' terus rosak segala mak nenek diet yang sedang dilakukan. Tak tahan ujian dan godaan ! Tapi segalanya berubah selepas wife kena gastrik. Di situ aku banyak belajar pasal pemakanan yang sesuai untuk tubuh badan aku. Orang lain, aku tak tau la yer.. Hee.. 

Aku perasan dalam diam sebenarnya aku antara jutaan manusia di Malaysia ini yang ketagihan gula ! Dulu aku ingat gula ni akan abis dibakar bila kita bersenam tapi rupa rupanya tidak. Bukan saja badan berlemak dek kerana gula tu tapi akan turut dapat sakit sana sini. Cuma kita je tak perasan sakit sakit yang berpunca dari gula ni. 

Aku cut gula dulu ! 

Cara aku cut gula , mudah jer. Aku hilangkan rasa ketagihan pada manis ni dengan minum air yang tiada rasa manis. Tu pun aku dapat tahu selepas banyak membaca kelebihan serbuk halia selepas aku amalkan beberapa hari. Terasa kelainan yang aku dapat selepas minum air halia yang menggunakan serbuk halia. Ada beza khasiat yer antara serbuk halia dengan halia yang kita rebus tu dan minum.

Alhamdulillah.. aku yang ketagihan susu kotak (wajib minum setiap hari dan berkotak kotak seminggu) dan kopi terutama 3 in 1 ( kesan dari review review produk ) dah berjaya elakkan selepas amalkan air halia. 

Caranya mudah jer. Awal pagi , bancuh je guna air suam panas. Minum jer pagi , tengahari dan malam. Atau setiap kali nak makan dan selepas makan. Maka dengan itu, rasa nak minum manis akan hilang dah. Nak lagi sedap, tambah madu kelulut atau madu tualang dan juga lemon. Pergh... lebih berkhasiat dan bermanfaat dari minum susu mahupun kopi kopi segera tu. 

Belum jadi. Tunggu hujung tahun baru tahu kesannya. 

Serbuk Halia#1. Boleh whatsap di Halia#1

Makanan tambahan , beli di Gorilla Sport Nutrition

Bila berjaya sekat nafsu pada manis ni, barulah aku pelan pelan kurangkan pengambilan nasi putih ni. Aku cuma fokus pada lauk pauk jer. Setiap kali nak makan , aku akan mulakan dengan buah kemudian sayur dan protein seperti ayam , ikan , daging mahupun telur ayam. Alhamdulillah , sebelum ni wajib ada nasi putih atau nasi apa apa pun.. aku dah tak kisah takda. Perut pun terasa lapang setiap kali lepas makan. Jauh sekali nak rasa mengantuk selepas makan ! 

Bukan mudah... tapi kena usaha kurangkan pengambilan nasi dalam pemakanan harian kita melainkan kita bekerja menggunakan tulang empat kerat dari pagi hingga petang hari. Kalau sekadar duduk atas kerusi di pejabat.. nasihat aku, kurangkanlah. 

Kemudian aku berhenti semua makanan segera dan juga roti gandum seperti roti canai, roti putih dan roti krim yang mana dulu adalah kegemaran aku setiap pagi. Fuh..... terasa sihat sungguh badan bila berhenti semua ni. Nasi putih, aku dah berjaya tak makan lebih dari 150 hari. 

Manakala setiap kali nak ke gym, aku gunakan air halia sebagai preworkout aku. Ada yang kata mengarut jer tapi heee.. bagi yang dah cuba , dia tahu la camana kesannya. Sarapan pagi ? Sarapan pagi aku selepas aku balik gym. Telur setengah masak 4-5 biji aku campurkan dengan whey protein. Kekacang seperti walnut dan almond aku tambahkan juga dalam campuran tadi. 

Oh ya... yang ni penting. Tiada makan selepas jam 8 malam. Sebaiknya kena rehatkan perut 14 -16 jam. Kasi peluang untuk dia proses segala apa yang dimakan sebelum tu dan tidurlah awal yer. Boleh jauhkan diri dari ketagihan telefon pintar dan menonton tv. Bawa bawa berubah sebelum terlambat.

You May Also Like

2 comments

  1. Perkongsian membina mr ben, keep it up! Campuran almond tu mcm sedap je tuuu hishh kena cuba ni.

    BalasPadam
  2. Tak makan nasi dan roti, berat sangat nak tinggalkan tu, maklumlah dah berpuluh-puluh tahun hidup itu aje yang kita hadap hari2. Apapun tahniah Ben, kerana berjaya mengelakkan dua benda yang bagi orang lain memang susah atau mustahil untuk ditinggalkan!

    BalasPadam