Apa jadi kalau main besi tak amik whey protein ?

by - Jumaat, Jun 02, 2023

Aku mula jaga badan ketika usia 22 tahun. Ketika tu, badan aku dah mula berisi dek kerana hari hari makan nasi kandar ! Siang malam aku makan nasi kandar ! Tak cukup dengan nasi , makanan segera seperti megi adalah kegemaran aku.Sekali makan , 4 bungkus tu wajib. Serius ! Tambah lagi dengan kegilaan aku pada coklat Cadburry. Wajib sepapan sekali makan. Tu kesan bila kena kerja malam hari ! Memang hancur badan. 

Lepas aku tersedar tu la aku baru start jaga badan. Tapi silap aku ialah aku sibuk bersenam tapi tak jaga makan. Kesannya... di usia begitu aku dah ada tekanan darah tinggi level Hypertension. Bukan saja makan, tekanan kerja dan kehidupan membuatkan aku jadi insan yang sangat tertekan. Allahuakbar. 

Masa tu aku belum berani masuk gym. Segan. Yelah.. aku badan berlemak jer walhal aku berasal dari kurus kering je kot. Adeh.. Gara gara makan tak ingat dunia. Mak ayah nasihat , aku degil. Bila pakai baju raya , baru tau rupanya aku dah obes !

Selepas setahun dua bersenam sendiri di rumah dan outdoor , aku beranikan diri masuk gym. Di situlah aku mula berjinak jinak dengan besi. Best ! Cuma ketika tu aku tak amik sebarang whey protein dek kerana harganya yang cukup mahal. Aku cuma bedal telur ayam dalam 10-20 biji sehari. Pastu hujung minggu , ayam bakar atau golek seekor ! Heee.. 

Menjadi badan weh ! Cuma masa tu aku tak pandai bab nak kasi lean. Besar tapi bersebu. Penuh lemak walaupun nampak sado ! Kononya la. Kesilapan aku sebab tak jaga bab pengambilan makanan. Masa tu kalau nak dapat ilmu jaga badan ni , kena rajin beli majalah omputeh. Majalah kita belum nak cerita bab bab gini. Youtube pun tak da lagi masa tu. Dunia membaca majalah ketika tu. Payah nak dapat ilmu.

Telur ayam , susu HL , ayam golek , coklat.. eh, apa saja yang ada tulis PROTEIN di label tu, aku beli dan makan. Hurm... siang malam bedal. Iskh iskh iskh.. Betullah kata orang dulu dulu.. Nanti kita dah masuk 40an , baru nampak kesan sampingan apa yang kita makan ketika muda dulu. 

Huhu.. betullah ! Masuk 40an , baru aku nampak kesannya. Asid refluks , perut kembung , darah tinggi, diabetis, sakit sakit sendi , brain fog setiap pagi.. boroi walaupun sado ! Hurm.. 

20an

40an

Aku mula amik whey protein kali pertama , hujung 20an. Tak larat ari ari nak bedal 20 biji telur weh.  Nak kena bebel satu hal lagi. Hahahaa.. sebab buang kuning ! Masa tu orang kata kuning tu punca kolestrol. Hahahaa... Tapi makan telur tetap makan la. Tak cukup protein dalam badan nanti, bahaya juga.

Whey protein ni cumalah makanan sampingan ! Kena utamakan makanan sebenar yang lengkap dengan pelbagai khasiat mineral , vitamin ,protein dan sebagainya. Jangan ingat bila dah minum whey , makanan sebenar ni tak perlu dah ! Salah sangat tu. 

Minum ikut sukatan dan bila perlu jer. Jangan minum ikut suka wooo.. Berlebihan merbahaya ! Apa saja berlebihan dalam kehidupan kita , tidaklah sihat sama sekali.. Samada makanan sebenar atau makanan tambahan sekali pun, biarlah berpada pada. Kena  tahu bila boleh makan , bila perlu elakkan dan jumlah pengambilan. 

Kesimpulan , badan jadi je walaupun tak amik whey protein ni tapi pastikan makanan sebenar yang diambil tu, cukup kandungan khasiatnya. Jangan makan makanan sampah tau ! Haa.. apa makanan sampah tu ?? Makanan yang diproses berkali kali... ultra process food ! Tu sangat merbahaya !

Nak gemukkan badan.. makan makanan berkhasiat. Nak kuruskan badan, jaga pengambilan makanan. Kurangkan pengambilan karbohidrat , gula putih dan banyakkan berpuasa. Tak susah sebenarnya. Nak ngan tak nak jer... 
 

You May Also Like

1 comments

  1. Boleh tolong buatkan page ni ada 'dark mode' atau 'night mode' .senang sikit nak baca,ni terang sangat,sakit mata bila baca.saya dahla rabun jauh. Minta tolong ye..

    BalasPadam