Nina Mirza , blogger kecil tapi besar semangatnya !

by - Rabu, Jun 14, 2023

Aku ingat lagi makcik ni tegur aku. Ketika tu di Port Dickson. Aku tengah nak bersihkan diri di paip air rasanya kemudian ditegur dek makcik ni. Masa  tu aku ingat budak sekolah mana la yang menegur aku. Sekali dia cakap dia pun blogger. Heee.. Apa lagi , sesi bersuai kenallah dan aku jemput dia sertai Kelab Blogger Ben Ashaari. Nama makcik yang dah beranak pinak ni, Nina Mirza

Blognya , banyak berkongsi rahsia mengenai resespi masakan , kek dan sebagainya. Antara yang popular ialah Resipi Kek Batik Milo dan Resepi Kek Pisang Viral. Selain resepi ,dia banyak juga menulis mengenai tips keibubapaan , kehidupan dia dan keluarganya yang dirasakan perlu dikongsikan bersama para pembacanya. Menarik sekali gaya penyampaiannya dalam blog. Macam akak akak bercerita gitu walaupun seperti adik adik je orangnya. 

Nina Mirza mula blogging 2011 . Katanya awal berblog  hanyalah pasal resepi tetapi selepas menyertai KBBA9 terjebak ke lifestyle blogger. Fuh , boleh tahan padu ! Tak sia sia la  aku ajak dia join. Tapi memang awal awal tu dia pemalu je orangnya. Sekarang , aku pulak malu ngan dia. Hahaha.. 

Alhamdulillah.. sejak itu rezeki cukup murah sekali. Berkolaborasi dengan bersama McDonalds,  Cetaphil, Dumex Dugro, Lazz Susu Kambing , KFC Malaysia, STEM Academy, Cosmoderm, Safi Rania Gold, Legoland , Himalaya, Eversoft, L'Oreal, Nutox, Beautilove Mask, Sensodyne, Shopee, Traveloka, PTPTN, Zakat Selangor, Hotel Seri Pacific, Hotel Royal KL, SUCHI Galeri Muslim dan banyak lagi. Banyak lagi ni.. nak aku tulis ? Hahahaha.. Rezeki beliau.. 

Menimba ilmu dalam dunia blogging adalah kegemarannya. Pernah beberapa kali memenangi Pertandingan SEO content terbaik.  Selain itu , Nina pernah dipilih sebagai duta kecil produk Marmite untuk iklan video ''cooking with Marmite X foodblogger Nina Mirza' .

Nina Mirza (46 tahun) seorang surirumah dan ibu kepada 5 orang anak. Orangnya kecik molek, awet muda sebab mudah tersenyum , pemaaf walaupun jenis makan dalam sesekali. Hahaha.. Kan ? Tapi dia tetap cool dan chill. 

Selepas join KBBA9, blog Nina Mirza lebih versatile. Nina dah keluar kepompong , dah mula berkongsi tentang tentang diri sendiri, pengalaman mengandung bersalin, tentang tips kewanitaan, tentang kecantikan, tentang parenting, review produk, food review, tempat cuti-cuti sekolah yang menarik, dan macam-macam lagi laaa… Menarik!

Ini bahagian paling penting jika nak jadi blogger sepenuh masa ! Perlukan sokongan dari orang terdekat dan tersayang ! Suami Nina paling sporting sebab sentiasa menggalakkan apa saja minat Nina. Suaminya  banyak bantu uruskan kerja rumah, bantu tengokkan anak. Maka ruang yang ada Nina manfaatkan dengan menulis blog.  Suami Nina adalah tulang belakang Nina. Dialah photographer yang selalu snapkan gambar untuk Nina.

Tak lupa rakan-rakan KBBA9 banyak memberi sokongan dorongan jatuh bangun Ninamirza.com. Dan buat rakan rakan pembaca blog ini , aku sarankan korang gi singgah blognya jika terluang masa. Santai dan tak perlu beratkan dada ketika membaca ! 

Kenal Nina Mirza?

Sila komen ...

You May Also Like

5 comments

  1. kak nin comel,sumber rujukan masak memasak dan tips mak2

    BalasPadam
  2. Kenal .. Hehehe kecik molek orangnya. Ingatkan kuda pada kita rupanya kakak2 ngan kita ..

    BalasPadam
  3. Betul2 ...memang admire dengan semnagat Nina ni waaupun orangnya kecik jer. Takder laptop tulis pakai phone jer pun boleh. Sangat berbaloi dengan apa yang dia dapat hasil usahanya tak lupa juga sokongan dari kawan2 KBBA9 semua.

    BalasPadam
  4. Nina memang rajin & baik orgnya. Suka baca celoteh dia kat blog.

    BalasPadam
  5. Kenal kak Nina tru KBBA9.. omey awet muda, adore dengan dia jaga penampilan dan semangatnya.. baik, peramah, suka bagi nasihat.. love ❤️✨

    BalasPadam