Ubat selsema dan batuk buat di dapur saja !

by - Rabu, Jun 07, 2023

Cuti sekolah seminggu baru baru ni, aku antar ketiga tiga orang anak aku ke Kem Solat di masjid BBST. Alhamdulillah, diorang suka sangat. Aku pun suka la walaupun kena gi amik dan hantar di hari cuti sekolah. Heee.. Lepas antar , terus gi lepak gym. 

Khamis, hari terakhir. Jumaat,  aku perasan perubahan pada Aariz. Suaranya serak. Tu tandanya dia akan dapat selsema dan disusuli batuk berkahak. Kalau dulu, pasti dah mengelabah aku. Terus gi farmasi dapatkan ubat selsema dan batuk atau paling tidak pun , ke klinik untuk pemeriksaan. 

Ini kali kedua aku buat cara alami. Aku bancuhkan dia air halia dicampur madu. Kasi dia minum dulu. Pastu aku buatkan satu campuran untuk dia makan. Nak kata ubat, aku tak berani la. Hee.. overclaim lak tapi aku dapat resepi ni di Instagram. Orang luar yang kasi idea tapi sangat berkesan. Alhamdulillah. Dengan izin Allah.

Bermula Jumaat hingga Ahad, dia selsema tapi tak banyak keluar. Hari Ahad tu , memang keluar hingus hijau dan itu yang terakhir. Pastu takda dah. Batuk pulak , sesekali je kedengaran. Nasib baik dia pun tahu apa kena buat bila batuk. Terus minum air halia untuk legakan batuk dia. Aku dah bancuhkan satu botol untuk dia. Dia ok je minum. Suka jer. Bagus untuk perut juga. 

Bila anak selsema dan batuk.. kita kena jaga makan minum dia. Yang paling utama, kena tau apa yang tak boleh diberikan pada mereka. Kedua , banyakkan berehat dan kasi makan secukupnya. Penting ni untuk recovery. Badan penat lawan virus. Memandia mandai je aku eh ? Hahaha..  Boleh baca di entri aku yang lepas yer. Oh yang bertajuk 5 makanan kena elakkan ketika anak selsema batuk.



Mula mula masukkan madu 2 sudu gitu. Pastu masukkan sedikit serbuk halia, kunyit , habbatus sauda dan serbuk kulit kayu manis. Gaulkan sehingga sebati. Pastu kasi le diorang sesudu. Rasa dia makjun je. Sedap ! Aku sendiri makan gak. Heee.. 

Untuk serbuk Halia#1 tu , korang boleh mesej aku di Facebook jika berminat. 100%  asli tanpa bahan campuran. 



 Selasa, aku cutikan dia lagi untuk pastikan dia betul betul sihat. Rabu baru gi sekolah. Alhamdulillah , dia pun ceria jer. Segar molek kata orang Kelate.. Andai kata batuk selsema dia kuat, memang kena bawa untuk pemeriksaan doktor la. Macam kes Aariz dan anak anak yang lain, aku dah hentikan pengambilan makanan ringan ,  gula untuk mengelakkan masalah keradangan bila mereka jatuh sakit. Penting sebenarnya. Kalau kita tak jaga bab ni, bila mereka sakit.. berpanjangan berhari hari. Itulah yang berlaku pada anak anak aku satu tika dulu. Aku cuai sebab aku tak ambil tahu. Main kasi je makan asalkan diorang happy walhal...dalam diam kita kasi diorang makanan tidak berkhasiat untuk tubuh badan. Hurm.. Maafkan daddy ! 

Oh ya.. jangan bandingkan dengan dulu. Jauh beza makanan sekarang dengan dulu... 

You May Also Like

4 comments

  1. bagus juga cara macam ni..memang tak elok sangat kalau kerap ambil ubat.

    BalasPadam
  2. Bagusnya Aariz boleh minum , Rayyan ni bau pun takleh dah grrrr

    BalasPadam
  3. Boleh tolong buatkan page ni ada 'dark mode' atau 'night mode' .senang sikit nak baca,ni terang sangat,sakit mata bila baca.saya dahla rabun jauh. Minta tolong ye..

    BalasPadam
  4. Anak aku pun sama batuk N selsema...banyak kali jugalah cuti...bagi sup ayam ...sup tu banyak kan bawang putih..dalam seminggu semakin pulih batuk N selsemanya

    BalasPadam