Air halia dicampur lemon sekadar mitos untuk hilangkan buncit, kata mereka !

by - Khamis, Jun 22, 2023


Menarik ! Kiriman seorang sahabat gym. Kemudian aku masuk dan baca posting di Instagram MstarOnline. Tersenyum je la aku.  Ramai komen kata jaga makan, jgn mkn malam la., kalori desifit la.. betul tu tapi masalahnya, ramai ketagihan makanan terutamanya GULA ! Itu yang menjadi masalah buat mereka yang bercita cita nak turunkan berat badan atau kempiskan perut tapi gagal melakukannya.

Satu hal lagi ialah buncit perut ni. Yang ni pernah berlaku pada aku. Punca utama ialah kegagalan mengawal pengambilan pemakanan ketika usia muda dan di pertengahan usia , baru nampak kesan buruknya. 

Masalah usus dan pencernaan menjadi punca utama ! Ketika dah ada buncit perut ni, nak jaga pemakanan pun payah selagi tak betulkan usus dan pencernaan ! Maka sebab itulah disarankan minum air halia ditambah lemon  , antaranya. Ada cara lain lagi tapi bagi aku nilah paling mudah ! 

Ya.. Alhamdulillah, berkesan sangat ! Buktinya ada dibawah ! Bila berjaya betulkan usus dan pencernaan , barulah boleh jaga pemakanan seterusnya cut gula dan kurangkan pemganbilan karbohidrat. Memang berkesan sangat sangat ! Paling penting , hilang ketagihan ! 

 


Kelebihan Halia dan Lemon pada tubuih badan kita ni bukan sedikit. Ada yang ingat sekadar buang angin jer. Banyak wooo ! Kalau nak aku senaraikan , panjang ceritanya. Aku letak je poster eh ? Korang kalau nak tahu dengan lebih lanjut , banyakkan bacaan. Elakkan baca dari satu sumber je.Barulah kita berilmu. 




Untuk pengetahuan, aku dah amalkan air halia ditambah lemon ni sejak 2022 lagi. Itu pun selepas kes wife diserang gastrik teruk dan aku sendiri pun ada masalah dengan pencernaan yang pada aku , biasa biasa je walhal dah mengundang penyakit kronik seperti diabetis dan tekanan darah tinggi. 

Bila melibatkan perut atau usus ni , jangan main main. Kita baru kehilangan seorang artis yang ada isu dengan usus. 


Order serbuk Halia#1, sila whatsapp terus ke  https://Halia1.wasap.my

You May Also Like

5 comments

  1. alamak .. mmg sekarang terasa perut muncit.. hahah balik nak pulun lah amik halia yang dok ada tu.

    BalasPadam
  2. Saya suka lemon campur halia. Mitos pun mitos la. Janji perut saya kempis 🤭

    BalasPadam
  3. halia ini memang banyak khasiat terutama untuk buang angin

    BalasPadam
  4. memang sedap badan lepas amalkan setiap hari

    BalasPadam