Wayferer by Rayban di Eyes Vision Group,Sungei Wang

by - Rabu, Jun 07, 2023

Mencari sunglasses atau kaca mata bergaya untuk pergi bercuti mahupun guna ketika memandu ? Hee.. baru nampak kacak dan bergaya di kala terik mentari. Smart senantiasa gitu.  Atau korang memang peminat Rayban ? Haa... Rayban ni setahu aku la kan , dia punya cermin mata lambat nak panas kat Malaysia. Tapi bila dah panas , harga dia melambung tinggi ! Dan sekarang ni , katanya ramai mencari Wayferer yang rare. Yeke ?  Tak tau la pulak aku. Aku cuma diberitahu gitu jer la. 

Ok..Baru baru ni aku ke Eyes Vision Group , Sungei Wang untuk menukar bingkai cermin mata. Ha, untung beli bingkai cermin mata cam aku ni ialah stok ada banyak. Jika bingkai dah rosak , gi je tukar kat sana. Tapi bayar la. Cuma harga murah la skit. Boleh mintak diskaun. Cermin tak yah buat dah. Cermin mata aku guna ni dari sebelum PKP lagi. Problemnya skru dah nak patah. Maklumlah, aku guna lasak weh ! Gi gym.. masuk kolam renang , berjogging.. tengok tv , buat kerja dan memang tak berpisah la dengan dia. Heee... Oh ya, aku guna kanta tukar gelap dan ada power !  


Sambung cerita.. hee. Aku ternampak la koleksi Rayban terkini di situ. Aku dah ada satu. Aku beli sebelum PKP lepas. Maknanya dah lama kan ? Hee... Dan ternampak ada dua bingkai Wayferer yang baru. Warna biru dan ungu. Cantik weh ! Hahahah.. Giler terus aku. Banyakkan istighfar. 

Menurut Mr June , sekarang ni Wayferer ramai cari. Walaupun fake punya bersepah di luar tapi ada beza dengan yang ori. Bila pakai , terasa selesa sangat di muka. Kualiti pun berbeza. Dan menariknya , aku akan tukar cerminnya. Guna warna yang aku suka. Dua tona. Atas gelap bawah cerah dan ada power ! 

Selain Rayban, ada dua tiga jenis lagi yang gempak kat sini. Macam Under Armour , David Beckham, Porche dan.. aduh. Payah nak cerita. Korang kena turun sendiri dan tengok. Tak jual secara online yer. Kena pergi Sungei Wang, Kuala Lumpur baru boleh tengok. Harga, boleh runding. Korang cakap je korang baca dari blog Ben Ashaari, nanti dapat la diskaun. Inshaallah... 


Info lanjut 
Instagram : Eyes Vision Group

 


You May Also Like

1 comments