Nak makan apa pagi pagi ?

by - Ahad, Jun 04, 2023

Dulu , aku tak kisah. Aku akan makan nasi lemak, roti canai , roti putih cicah kopi 3 in 1 atau apa saja yang sedap di lidah dan tekak tanpa mengira impak pada perut ! Hee... selepas umur 40an , barulah terasa kesan dari sikap tak nak amik tahu soal pemakanan (asalkan bersenam) ni. Secara senyap senyap badan penuh racun ! Tu pun nasib baik la setiap minggu aku rajin amalkan buat air detox dengan mengunakkan bahan alami atau natural yang pernah aku belajar satu tika dulu. 

Orang kata kembung perut ni penyakit keturunan. Kalau ayah ada, anak mesti ada. Erk ? Yeke ? Bagi aku sebenarnya salah sendiri sebab tak jaga makan. Asal boleh telan , telan. Asal halal , telan. Tak kira masa. Sampaikan nak  tidur pun , masih nak mengunyah. Hurm.. kesian perut. 

Yaaa... aku ingatkan aku boroi tapi rupanya aku ada masalah dengan perut kembung ! Patutlah aku rajin kena asid refluks dan selalu sakit kepala di pagi hari. Aku ingatkan biasa jer menda menda tu tapi rupanya ianya adalah tanda tanda ke arah penyakit yang lebih berat. 

Buat sedikit kajian dengan menonton video video dari mereka yang arif. Akhirnya aku ubah gaya pemakanan aku. Dulu aku ingat aku kena sarapan pagi ikut masa yang tepat atau perut akan masuk angin rupanya aku salah. Heee... 

Setiap pagi , aku bersenam dulu. Pastu jika nak makan , aku pastikan karbohidrat yang terakhir masuk ke dalam perut. Aku utamakan fiber seperti sayur sayuran pastu protein bersama lemak baik. Kalau tak kenyang , baru amik sedikit karbohidrat. 

Dan buat masa ni, aku berhenti amik nasi putih , roti gandum. Tak kira la gluten atau tidak, aku stop sama sekali. Perbezaan ? Korang boleh tengok gambar di bawah. Gambar pertama tu, walaupun aku bersenam , perut besar ! Rupanya perut tak sihat. Gambar kedua, disamping jaga makan , aku rawat perut dengan mengambil herba seperti halia dan kunyit disamping banyakkan makanan pro n prebiotik.



Dan sekarang , setiap kali lepas workout.. barulah aku makan pagi. Apa aku makan ? Kekadang telur setengah masak. Kekadang aku goreng telur guna minyak sawit. Aku campurkan bahan seperti bawang dan beberapa jenis lagi bahan. Tapi tiada garam. Jika nak letak garam, pastikan masuk bila api dah dipadamkan. Bukan goreng bersama. 

Sedap ? Alhamdulillah.. wife dan anak anak suka kalau aku buat gini. Jika rajin, aku buat telur setengah masak dan blend bersama whey protein. 



Sesekali.. wife buatkan salahd seperti dibawah ni. Ikut permintaan aku la. Hee.. Dia ok jer. Cuma aku kena sediakan bahan je la. Kos ? Hurm.. jika ada duit lebih , aku belilah. Aku lebih suka abiskan duit dengan cara begitu sebab bila badan sihat, aku boleh uruskan rumahtangga. Jika aku tak sihat , semua susah. 
 

Apa kita makan sebenarnya sangat penting.  Bukan saja perut dapat manfaat tapi dari hujung kepala hingga ke hujung kaki akan dapat kebaikan melalui makanan yang kita makan.  Jika kita amalkan gaya hidup sihat , inshaAllah... kita sihat.. dengan izinNYA..


You May Also Like

1 comments

  1. Yang penting, pagi-pagi kena makan makanan yang berkhasiat dan rendah kolestrol

    BalasPadam