Ok ke guna whey Fit Protein ?

by - Khamis, Jun 29, 2023




Masuk minggu ke 2  guna Fit Protein oleh FitFirst. Produk Malaysia tapi formula dari Amerika. Sejujurnya , aku suka dari sudut rasa dan juga campurannya. Ada L- Carnitine , BCAA dan Glutamine. BCAA berfungsi membantu mengurangkan rasa letih semasa bersenam , mengurangkan sakit otot selepas bersenam , membantu membesarkan otot , boleh menurunkan tahap gula darah , boleh merangsang penurunan berat badan.

Manakala glutamine pula berfungsi : 

 1. Meningkatkan metabolisma badan.
 2. Mengurangkan kesakitan selepas aktiviti bersenam.
 3. Bertindak sebagai anti-inflammatory.
 4. Membantu menyembuhkan leaky gut syndrome.
 5. Meningkatkan fungsi otak.
 6. Mengurangkan "sugar cravings"
 7. Membantu menyeimbangkan level gula di dalam darah.

Faedah L-Carnitine : 

1. Meningkatkan Ketahanan ketika bersenam
2. Mengelakkan Kerosakan Otot
3. Membantu pembakaran lemak




Dan Alhamdulillah, tekanan darah aku sangat stabil ketika menggunakan whey ini. Setakat ni, kesemua whey yang aku guna seperti MMX , USN dan Whey Kingdom tidak menganggu bacaan tekanan darah aku. 

Sejujurnya... sejak aku guna Fit Protein ni , aku punya tenaga lain macam. Kalau aku amik lepas workout , terasa macam nak pergi semula gym ! Hahahaha.. Tetiba tenaga macam banyak semula. Gitulah.. 

Dari sudut pembesaran otot, korang boleh nampak la sendiri kat atas tu. Lebih nampak sedikit kering tetapi tak kurus ! Untuk pengetahuan korang , aku dah lebih 150 hari tak makan nasi putih. Ada orang kata kalau tak makan nasi putih , akan jadi kurus kering ! Erk... tak pun ! 

Ok.. kenapa aku suka rasa Fit Protein ni ? Pertama.. rasanya yang ringan dan tidak manis. Bila dicampur dengan almond , walnut dan kurma, rasanya lebih sedap dan padu ! Minum pun tak terasa muak. Pastu tepung proteinnya pula halus dan mudah terlerai bila bersatu dengan air. Takda la pekat pekat atau bergumpal gumpal ! 

Aku rasa untuk tahun ni, aku nak stay dulu dengan Fit Protein ni. Maklumlah , harga pun tak memberatkan poket aku berbanding whey yang sebelum sebelum ni. Heee.. kena ambil kira sebab ekonomi tak berapa cantik tapi aku tetap nak jaga badan. Satu kepuasan walaupun aku tak masuk bertanding ! Yang penting , kesihatan. Bila bersenam, automatik aku jaga pemakanan aku. 

Yamg tak bersenam , boleh ke minum Fit Protein ni ? Boleh jer. Cuma tak perlu ambil berscoop scoop . Sehari sekali ok dah. Boleh variasikan cara penggunaan. Kalau boleh ambil la siang hari. Risau kalau ambil malam , bertenaga lak. Tak boleh tidur lak. Heeee...

Bagi yang ada masalah dengan buah pinggang atau diabetis , boleh dapatkan nasihat dari doktor anda sebelum nak beli ya.. 

You May Also Like

0 comments