Aplikasi pembayaran DIGI kurang tepat !

by - Jumaat, Jun 16, 2023

Setiap bulan , aku bayar bil internet Digi ni. Yang ni aku dapat unlimited data. Diorang keluarkan pakej ni ketika PKP lepas. Sempat aku sambar ! Heee.. dah takda pakej ni. Harga , boleh tahan la. Yang bagusnya boleh Hotspot tak kira berapa orang sekali pun. Maka bolehlah aku guna di TV , kelas tuisyen online serentak 2 orang dan juga guna di handphone. 

Ok ke guna Digi ni ? Kalau nak dibandingkan dengan Celcom , aku rasa Digi lebih ok capaiannya dan juga pakej yang diberikan. Part hadiah pelanggan tetap , dua dua hampeh. Hahahaha.. Ko bayar awal ke.. ko bayar lebih ke.. sama je ! Takda maknanya. 

Okeh.. kes Digi aku ni. Aku perasan , aku suka bayar lebih kat Digi ni sebab jika aku takda duit pada bulan tu, sekurang kurangnya dah ada lebihan untuk sebulan dua. Penting internet ni untuk aku sebab aku bekerja guna telefon berintenet. Bukan untuk main game. Huhuh.. 

Yang aku jadi peliknya , jumlah bayaran tambahan tu 'ghaib' ketika masuk bulan baru. Aku tak perasan awal awal. Aku ingatkan diorang dah potong. Aku check bil online.. hurm. Pening aku. Maka aku biar je la. 

Tiba tiba aku dapat sms mengatakan ada lebihan bayaran. Awalnya aku ingat aku berhutang lagi. Aku suruh la wife aku call sebab nombor atas nama dia. Dia kata dia pun dapat email mengatakan ada lebihan bayaran. Aku suruh dia double check juga dengan diorang. Tak leh caya mana mana selagi belum dapat pengesahan secara lisan. Bertulis tu ada dah. Nak juga confirm betul betul !



Dan benarlah ! Malah bulan ni aku bayar lagi membuatkan mereka yang berhutang pada aku menjadikan jumlah sebanyak RM600+ !! Maka aku tak perlu bayar sehingga bulan November. Duit  sepatutnya bayar bil  tu boleh la simpan beli emas. Hahahaha.. Alhamdulillah.. 

Korang yang guna Digi Postpaid tu. sila check betul betul ya.. 

 

You May Also Like

1 comments

  1. Bagus ni....boleh cuba ni...celcom dengan digi dah bergabung lagi meluas

    BalasPadam