Jangan stresskan anak anak !

by - Ahad, Jun 11, 2023

Alhamdulillah. Tahniah buat rakan rakan yang berjaya membimbing kejayaan anak anak dalam pelajaran hingga ada yang dah berjaya dapat Phd ! Dari aku mula kenal , mereka dari sekolah menengah atau sekolah rendah, dah pun berjaya ke peringkat tertinggi atau ada yang telah berjaya berkerja dalam bidang yang diminati. Tumpang gembira dan bangga. Sedikit sebanyak ianya memberi inspirasi pada aku untuk memimpin anak anak ke arah kejayaan dunia dan akhirat.

Bagi aku sebenarnya, tak kisah la berjaya atau tidak ke menara gading tapi yang penting mereka menjadi insan yang berguna pada agama , bangsa dan negara. Apa guna berjaya capai cita cita tapi menjadi manusia yang..hurm.. Semoga Allah lindungi anak anak kita.

Alhamdulillah.. Sabtu Ahad ni , aku abiskan masa dengan anak anak. Memanglah setiap hari aku abiskan masa dengan diorang tapi lebih secara santai. Hari biasa, sibuk dengan sesi persekolahan dari celik mata hinggalah ke terbenam mentari. 

Malam lak, ada kelas tambahan online. Takpun , Qhaliff ada latihan badminton untuk sekolahnya. Tak lama ada pertandingan. Bila tak masuk kelas tambahan, dia akan tengok sesi rakaman jer. Oklah dari takda. Aku nak diorang ni belajar untuk dapatkan ilmu jer. Biar pandai supaya tidak ditipu insan yang kaki penipu terutama mereka yang berbelit belit ni. Makin ramai kaki pembelit zaman ni.. huhu..

Peranan kita sebagai mak ayah ni bukan sekadar bagi pendidikan atau menjaga mereka hingga besaar dengan penuh kasih sayang tapi pastikan mereka membesar dengan pengalaman kehidupan. Budak sekarang ramai pandai pandai tapi sayangnya mereka 'cumalah pandai' tapi cetek pengalaman kehidupan yang mana mereka sangkakan mereka dah cukup walhal... banyak perlu dipelajari lagi. Kan ? Macam kita dulu dulu laaaaaa.. rupa rupanya.. benarlah kata orang tua kita. Cenggitulah ! 

Apa pun.. jangan kasi anak anak kita stress. Memang nak diorang berjaya tapi dalam diam, ramai stress dan tertekan dengan kehidupan ini.. 




*TOP NOTCH UASA :: TUISYEN ONLINE TAHUN 4 hanya RM 99 SEBULAN*

Ujian Pertengahan Sesi Akademik akan berlangsung pada *Bulan Julai 2023* 😱‼️

*FOKUS*
🔸 Latihan Menjawab *Format UPSA*
🔸 Topikal, Bab Ke Bab

Jom sama-sama berikan *SOLUSI TERBAIK* untuk anak anda ‼️ 

*🔰JADUAL KELAS*
📆 Hari : *Isnin | Rabu | Jumaat | Sabtu*
💰 Harga : *RM 99 | 4 Subjek | 16 Kali*

 *BONUS : BAHAN BELAJAR & RAKAMAN KELAS DISEDIAKAN*

🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸

JOM DAFTAR SEKARANG‼️
ReLY Support Team : 

 

You May Also Like

3 comments

  1. Murah tu ben rm99 4 subjek.. ta tau share info

    BalasPadam
  2. Hasniza Mohd Khairy12 Jun 2023 pada 6:52 PTG

    Menariknya.. cikgu kpm ya?

    BalasPadam
  3. menarik juga ya. betul kadang tak boleh sangat nak push anak-anak.

    BalasPadam