Cara aku hilangkan anxiety !

by - Selasa, Jun 27, 2023

Aku tak tau yang aku dapat anxiety ! Aku sedar bila aku buat fisioterapi pada tahun lepas. Ketika tu, aku diberitahu yang bahagian leher aku kelihatan tegang sangat. Ketara ketat. Aku mula terasa semua ni masa PKP. Setiap hari membaca isu isu Covid 19 di media sosial. Kematian sana sini ditambah dengan rakan rakan terdekat dijangkiti virus tersebut membuatkan aku mengelabah tak tentu pasal. Sampai wife nak pergi kerja pun aku jadi takut dia bawa balik virus tu. Allahuakbar. 

Bila nak keluar rumah.. ginilah aku ! Sampaikan nak pergi kedai runcit beli barang dapur pun pakai macam ni walhal sekangkang kera je kedai tu dari rumah. Sesak nafas aku jadinya. Nak pergi brisk walk untuk peluhkan diri pun pakai macam ni. Macam orang gila dah jadinya. 

Nak kata aku dapat lepas vaksin, takda la pulak. Gambar di bawah ni, ketika aku nak pergi amik vaksin dos 1. Ketika ni memang aku sendiri dah berlapis lapis pakai face mask dan siap berface shield ! Cuma yang aku perasan , lepas aku vaksin tu yang jantung aku jadi laju.. berdebar debar seperti baru amik fat burner ! Tapi aku tak nak salahkan vaksin sebab aku tahu punca jadi macam tu ! 

Kafein tinggi dalam badan menjadi punca !  

Apa aku buat  selepas tu sebagai persediaan dos ke 2 ? Aku buat detox. Aku stop semua minuman manis dan juga yang punya kafien. Dan Alhamdulillah.. dos kedua takda masalah. Begitu juga dengan dos ketiga. 



Sejak tu , aku takda masalah dengan jantung debar debar tu tapi aku punya masalah dengan Anxiety ! Bila diserang anxiety , aku berpeluh peluh dan tak tenang dibuatnya. Aku berusaha lawan dengan melakukan aktiviti luar rumah. Tapi bila keluar rumah , memang aku pakai face mask. Aku tak percaya dengan orang yang aku jumpa. Termasuklah ketika pergi ke rumah mak aku sendiri. Aduh.. pelik jadinya. 

Akhirnya... Allah tunjukkan jalan keluar buat aku sekeluarga. Wife diserang gastrik yang memaksa dia mengambil cuti panjang. Ketika tu aku tak nampak lagi apa ubatnya sehinggalah seorang rakan datang membawa serbuk Halia#1.  Sejak tu , aku banyak membaca dan menonton video mengenai herba herba dan juga pasal kesihatan. 

Rupa rupanya segalanya dari pemakanan ! Aku ubah diet pemakanan termasuk ahli keluarga. Ternyata berbaloi  Bukan saja anxiety hilang tapi dengan perut kembung aku sekali hilang. Malah anak anak pun dah jarang jatuh sakit yang mana dulu setiap minggu memang wajib pergi klinik untuk dapatkan ubat selsema, demam dan batuk. 




Baca juga : Ubat selsema dan batuk buat di dapur saja
 

You May Also Like

0 comments