Semalam aku makan buah durian.

by - Rabu, Jun 14, 2023

Rasanya dah lama aku tak makan buah durian ni. Kenapa ? Aku boikot ! Kenapa boikot ? Sebabnya harga yang terlalu tinggi. Macam macam alasan kenapa harga tinggi ketika tu. Tahun ni , harga durian dikatakan menurun malah ada yang jual kira harga sebiji.. bukan lagi main timbang kilo. 

Akhirnya semalam petang ,aku beli sebijik buah durian di gerai buah berhampiran rumah aku. Malas nak gi jauh jauh mencari. Agak sedikit mahal tapi ok la. Isi pun cantik. Yang makan pun 3 orang je dalam rumah aku ni. 2 orang anak laki aku tak suka. Bila aku suruh diorang rasa.. si Aariz siap muntah selepas makan ! Haahaha..

Kenapa aku nak makan durian ? Disebabkan aku 'sedang jaga kesihatan' maka aku nak dapatkan nutrisi dan khasiat di dalam buah durian ni.. Oh ya, aku makan petang ya. Aku tak berani nak makan belah malam dah dek kerana kalorinya yang tinggi dan aku pulak sekarang , tidur awal ! Maka tak sesuai la.



" Sebiji durian saja mengandungi sejumlah besar lemak sihat seperti alpukat. Alpukat ini membantu tubuh menyerap vitamin A, D, E dan K. Buah durian ini merupakan sumber potasium yang sangat baik. Makanan tinggi potasium amat penting dalam menguruskan tekanan darah tinggi, yang mana, kekurangan viramin ini boleh menjadi penyumbang utama penyakit kardiovaskular.

Potasium juga membantu meredakan ketegangan pada dinding saluran darah. Seterusnya membantu menurunkan tekanan darah. Durian ini tinggi vitamin C berbanding buah-buahan tempatan yang lain. Penting untuk anda ketahui bahawa vitamin C ini adalah juara antara juara apabila membicarakan soal vitamin.

Selain banyaknya serat pada seulas durian, buah ini juga kaya dengan gula semula jadi yang mana ia boleh menapai dengan baik selepas terdedah kepada bakteria usus semasa penghadaman.
Ia bertindak sebagai ejen prebiotik.Memberikan makanan kepada banyak bakteria kecil dalam usus anda dan menyokong fungsi pencernaan dan kesihatan kolon. ".





You May Also Like

1 comments

  1. Saya setiap kali musim, belii lah sebiji atau dua yang kampung punya buat rasa-rasa. Beli pun dari orang kampung mertua di Temerloh. Nak beli belah Subang ni semua mahal2.

    BalasPadam