Cara gantung baju guna hanger yang menarik !

by - Isnin, Jun 19, 2023

Itu aku. Heee.. Kenapa guna tangga nak sidai baju ? Saja jer. Nak buat content. Sebenarnya tangga tu aku guna nak betulkan lampu kat luar rumah. Tetiba datang idea nak buat content murahan. Gitulah zaman ni. Zaman nak cari content murahan sebab content murahan ni biasanya dapat sambutan cukup hangat berbanding content yang bijaksana dan berilmiah. Nak salahkan sapa ? Masing masing stress. Hahahaa.. 

Ok.. Sidai baju ni memang kerja aku sejak berhenti kerja la. Kalau bukan aku nak sidai baju, sapa lagi ? Wife dah tolong basuhkan guna mesin dan lipat pakaian. Aku punya kerja cuma sidai jer. Bukan susah pun. Hanya amik sedikit masa jer. Dulu ada la anak anak dara menyewa kat sebelah. Best menyidai time tu sambil berbual bual manja ngan diorang. Sesekali tunjuk la otot otot kat lengan tu ! Hahaha.. Pigidah ! Aku lagi malu ada laaa.. 

" Apa barang bang.. badan sado kena sidai baju ? " risau terdengar suara sumbang berbunyi gitulah tapi Alhamdulillah.. takda ! Hahah.. hanya bisikan syaitan jer. 

Ok ok.. tolak tepi cita pasal sidai tu. Yang aku nak sampaikan dalam entri kali ni ialah cara nak gantung baju yang sama sekali aku tak pernah terfikir ! Huhhhh.. mudah giler ! Ni video aku dapat dari Tiktok.  Aku rasa diorang amik pun dari Youtube ni. Nampak macam dah lama je video ni. Kan ? 

Apa pendapat korang cara ni ? Memudahkan atau campak jer dalam almari ?
 

You May Also Like

1 comments

  1. haha..betul tak salah nak jemurkan baju tapi tak semua yang rela hati. memang style jemur baju macam tu

    BalasPadam