Dari size 36 turun ke 32 ! Apakah rahsia lelaki kacak ini ?

by - Sabtu, Jun 24, 2023



Lelaki kacak yang dimaksudkan itu , mestilah aku. Nasib rambut dah makin menipis dan janggut beruban jer. Kalau tak, perghhh.. aku masuk dah pertandingan Hero Remaja 2026 ! Huhu.... Tak yah nak gelak dan kutuk Aku tahu.. korang cemburu macam  tengok bini Shuib yang baru tu kan ? Hahahahaa.. dah dah ! Tak yah mengumpat. 

Ok.. aku tahu. Korang baca ni nak tahu apakah tips aku kan ? Camana nak hilangkan kebuncitan perut tersebut. Penat dah nak usung ke sana sini ditambah pula dengan cepat mengah. Bukan salah vaksin tau. Salah nafsu melantak tak hengat dunia ! Nak lagi best , tu bukan tanda kebahagian suami isteri sebab isteri masak best walhal selalu je makan kat luar.. kan kan ? Eleh.. 

Banyak seluar jeans Levi's aku bersize 36.  Tu pun Dah ketat. Kalau aku tak jaga perut aku, boleh capai ke 40 dalam masa terdekat ! Nasib baik kejadian yang berlaku pada wife aku tahun lepas, menyedarkan aku betapa selama ini aku punya pendekatan 'menjaga kesihatan' itu salah konsep ! 

Aku rasa aku kasi banyak dah tips dalam entri entri sebelum ni. Tapi tak pe la.. aku kongsikan lagi dalam ni. 
  1. Jangan makan selepas jam 7 malam melainkan dah takda pilihan seperti kerja malam atau kena gi berladang bertani waktu tu. 
  2. Tidur awal.. Jika tidur lewat , akan terasa kelaparan dan itulah menjadi punca jadi tikus mengeledah makanan di dapur.
  3. Makanlah real food
  4. Cut gula putih
  5. Stop nasi putih atau kurangkan pemgambilan ( kalau mampu la ) dan juga tepung gandum.
  6. Betulkan sistem penghadaman. 
Ok.. part sistem penghadaman ni , aku tahu  ramai ada masalah. Ada yang sekali sehari jer membuang. Ada yang berhari hari baru dapat membuang. Aduh.. kesian weh ! Itulah menjadi punca pelbagai penyakit dan juga masalah pada kulit kita. 

Yang ni perlu dibetulkan ! Jika tak dibetulkan , segala tips sebelum tu semua payah nak menjadi. Yelah, bila sistem utama dah down.. bahagian lain mestilah problem gak ! Kan kan ? Penting woo bahagian perut kita ni. Dia menjadi punca kepada banyak penyakit berbahaya pada manusia.

Camana nak betulkan ? Ada banyak cara dan ianya selamat. Aku lebih suka guna benda yang natural dan mudah didapati.  Aku tahu.. korang nak kata guna Halia kan ? Yelah.. betul dah tuuu ! Kalau korang nak tau... cara ni bukanlah baru sehari dua diterokai tapi dah berkurun lamanya. Berapa kurun tu, aku tak pasti la.. Hahaha.. 

Aku amalkan serbuk Halia#1 dah setahun lebih.  Minum setiap pagi dan juga malam sebelum tidur. Malah ketika di gym, aku jadikan dia sebagai air preworkout. Berpeluh kaw punya ! Nak tips lagi , baca entri dibawah ni. Moga bermanfaat. Oh ya, nak order Halia ? Whatsapp je aku terus. 

 


You May Also Like

0 comments