Perlu ke belajar hingga ke menara gading baru dikira berjaya ?

by - Khamis, Jun 15, 2023

Aku tertarik dengan poster ni

Kejayaan atas dunia ni diukur dari sudut apa ? Berjaya belajar hingga mendapat gelaran tertentu ? Atau kekayaan yang melimpah ruah ? Hurm.. macam macam cara kita 'dibrainwash' untuk mengukur kejayaan manusia lain dan sibuk dijadikan contoh seperti mereka. Inilah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita hingga membuatkan mak ayah 'perah' abis abisan anak mereka hingga mereka berjaya seperti yang mereka nampak.. terutama di media sosial ! 

Tak salah.. Bagus mereka ini dijadikan contoh cuma yang salah , kita tak tengok cermin. Yang kita tau, kita nak jadikan anak anak kita berjaya seperti mereka. Alhamdulillah... cuma kita jangan terlalu mendesak atau memaksa mereka. Kita tak tau apa yang mereka nak tapi yang kita tau, kita nak mereka jadi apa yang kita nak ! Hurmm...

Jika mereka gagal, camana ? Apakah mereka termasuk ke dalam golongan insan insan yang 'tak berguna' ? Hurm... Atau mereka hanya bakal bekerja 'biasa biasa' saja ? Tidak seperti mereka yang berjaya belajar hingga ke tahap tertinggi menjaminkan pendapatan 4-5 angka sebulan ? Apakah itu yang kita nak ? Apakah kita dah terikut sistem yang dirancang ? Kau rajin , kau berjaya.. kau gagal , kau miskin harta ! Huhhh !!

Bagi aku la.. aku nampak ramai je orang yang bijak pandai tapi tahap pendidikan mereka tak tinggi mana pun. Tapi mereka bijak memanfaatkan masa dan peluang yang ada. Ada yang dah amik kursus jangka pendek dan menjadi usahawan. Rezeki buatnya.. dia kaya raya ! Bila dia kaya raya , apa jadi ? Pastinya dia memerlukan bantuan bijak pandai untuk uruskan hartanya. Nah.. di sinilah kita saling memerlukan. Ada orang tak da rezeki nak belajar tinggi tapi rezekinya di sebelah lain. 

Covid 19 mengajar aku... dalam zaman ni , sapa pantas dan cepat.. dia dapat ! Sapa bijak memanfaatkan peluang.. dia bakal ke depan dan yang rasa dirinya cukup bagus tapi menanti peluang datang... maka dia bakal termenung seketika !

Menuntut ilmu tak semestinya pulang dengan sijil di tangan tapi ilmu di dada..dimanfaatkan dan berguna untuk masyarakat , agama dan negara ! 

Islam jangan ditinggalkan sama sekali !!



🔊🔊 KELAS UPKK :: 8A UPKK DALAM GENGGAMAN

📒📔📕📓📗📘📙📚📖

🔰 GEMPUR UPKK
📝 PENGISIAN : Latih Tubi & Teknik Skor UPKK
📆 TARIKH : 24 JUN 2023

🔰 CAKNA UPKK
📝 PENGISIAN: Subjek UPKK
📆 TARIKH : 23 & 24 JUN 2023

♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️

💰 HARGA : RM 100 untuk semua sesi 🔥

‼️ PERCUMA‼️
BIJAK SIFIR MATEMATIK 1 SESI

♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️

UNTUK PENDAFTARAN BOLEH KLIK LINK DI BAWAH

Jom Daftar SEKARANG ‼️‼️‼️

You May Also Like

1 comments

  1. Yaa.... kemasukkan ke IPT juga dijangka merosot tahun ini. Sedih rasa dengan dunia dan generasi hari ini. Tanda-tanda akhir zaman, kan?

    BalasPadam