5 makanan kena elakkan waktu anak selsema kahak.

by - Jumaat, Jun 02, 2023

 

Sebagai mak ayah yang dok jaga anak dari kecil, kita cukup risau bila anak anak jatuh sakit. Ada yang dok ingat , ala... skit je tu ! Macam aku dulu la.. ketika Zahra kena batuk selsema. Dua tiga hari , dok kasi ubat doktor jer tapi tak reda reda gak batuk dan selsemanya. Adeh.. Akhirnya, batuk makin teruk dan dia dimasukkan ke dalam wad. Tinggallah di situ beberapa hari. Aku kena jaga dia. Huhuh.. Apa kes ? Jangkitan kuman dalam paru paru. Aduh.. menyesal sungguh ketika tu. 

Sejak tu.. aku tak amik ringan bila anak anak jatuh sakit. Tapi tu la.. Setiap minggu , bila pergi sekolah.. balik mesti selsema dan batuk ! Tu sebelum Covid 19 melanda yer. Wajib ke klinik untuk dapatkan ubat. Kos rawatan bukan murah. 

Covid 19 ni banyak mengajar aku mengenai kesihatan. Kalau tidak , aku pun dok ingat aku jaga dah tapi kenapa masih sakit ! Rupa rupanya... pemakanan yang kami sekeluarga amalkan cukup tidak sihat dan merbahaya ! Aku sajikan anak anak makanan yang penuh dengan 'racun' selama ini ! Allahuakhbar.

Patutlah mereka kerap jatuh sakit. Ingatkan segalanya berpunca di sekolah. Asal pergi sekolah , balik sakit. Yelah, bila sistem pertahanan diri lemah.. mudah la diorang dijangkiti virus ! 

Inilah yang dibeli setiap kali ke pasaraya !

Segalanya berubah bila wife aku jatuh sakit. Dia kena gastrik yang teruk.  Asbab itulah aku sendiri pun mengubah tabiat pemakanan termasuk ahli keluarga. Tiada lagi GULA PUTIH di rumah. Tiada lagi susu susu di rumah ! Tiada lagi coklat.. biskut ,roti putih , megi , makanan segera ! Aiskrim pun aku tak kasi dah ada dalam peti ais. Kalau teringin sangat sangat.. gi makan je kat luar. 

Setiap pagi , aku akan kasi diorang minum air halia ditambah dengan madu dan lemon. Dengan cara ini , diorang tidak lagi ketagihan pada makanan manis terutamanya. Malah diorang sendiri nampak bagaimana aku jaga pemakanan. Tidak lagi makan roti putih, roti canai , fast food malah aku sendiri sudah beratus hari tak makan nasi putih. 

Untuk bancuh air  halia , aku guna serbuk Halia#1. Mudah.. pastu serbuk Halia#1 ni memang dah pure 100%. Kawan aku sendiri yang uruskan dari A-Z.  Apakah kelebihan serbuk Halia#1 ni ? Boleh baca infomasi psl Halia ni di Instagram HaliaNoSatu

Nak serbuk Halia#1 , boleh whatsapp terus ke https://Halia1.wasap.my


Jom tonton video Dr.Azril ni dan kita fahamkan.. 


You May Also Like

0 comments