Whey Protein FitFirst untuk mereka yang nak kuruskan badan ?
Ada banyak jenis whey protein di pasaran sekarang ni. Banyak pilihan. Sediakan duit jer. Harga pun ikut bajet masing masing. Jika mampu, amik yang mahal. Jika tidak , ada je yang murah. Bab kualiti, kena rasa sendiri baru tau.
Aku mula ambil whey protein ketika umur 30an. Rasanya bermula dengan Muscletech. Memang meletup naik la badan aku masa tu. Betul betul berisi dan nampak sado gitu. Hahaha.. Tapi bukanlah berkekalan pun. Whey protein ni bersifat sementara jer. Sekadar makanan tambahan untuk otot otot kita. Kena ambil real food juga. Bila bergabung , baru padu ! Jamgan harap pada whey protein tu jer.
Dalam tahun 2023 ni , aku guna Whey Kingdom. Seperti yang korang tau, sebelum ni aku guna MMX Whey Protein tapi sejak ekonomi dunia berubah, harganya pun turut berubah. Naik wooo ! Maka aku berubahlah. Cari yang lebih ekonomi sedikit. Penting protein ni untuk tubuh badan terutamanya bila dah berumur 40 tahun ke atas.
3 botol aku cuba Whey Kingdom. Camana ? Bagi aku.. kalau nak bikin lean , memang cun la guna Whey Kingdom ni. Kalau nak naikkan berat badan, rasanya tak sesuai. Kalau nak up muscle pun, tak banyak boleh up. Tapi lean , ok !
Dan bulan lepas, aku bertukar ke USN Hardcore Whey. Dah abis pun sebotol. Sehari aku amik 3 scoop gitu. Pagi satu scoop, tengahari lepas workout dan petang. Kesemua tu , aku blend bersama almond, walnut dan kurma untuk dapatkan tambahan protein dan kepuasan menikmati whey. Hee...
Apa pendapat aku mengenai USN Hardcore ni ? Dari segi kenaikan otot, sejujurnya aku terasa sedikit mengembang berbanding Whey Kingdom. Kalau amik 2-3 botol lagi , mungkin lebih terasa la kot. Baru sedap badan. Gabungan bahan di dalam USN Hardcore ni bikin padu lagi berbanding Whey Kingdom.
USN Hardcore dah abis. Aku tukar ke FitFirst lak. Harganya cukup ekonomi bagi mereka yang nak berjimat cermat. Bezanya Fitfirst dengan yang dua di atas , ialah Fitfirst produk tempatan. Maka sebab itulah harganya pun jauh lebih murah berbanding USN dan Kingdom. Semua ni ada sijil Halal.
Menurut rakan aku yang jual Fitfirst ni , pengguna tetapnya berjaya menurunkan berkilo kilo berat badannya. Dari berisi ke mantop gitu hanya guna Fitfirst. Ini kerana di dalam Fit Protein ni mengandungi L Carnitine yang membantu pembakaran lemak. Haaa... memang padu ! Tak perlu nak amik fat burner dah.
Aku bukan nak kurus. Dah terlebih kurus pun aku. Hahaha.. sekarang ni nak up balik badan. Tapi aku guna juga Fit Protien kerana kandungan protein yang lebih tinggi. Ada sedikit lemak di perut untuk dibuang juga. Hee.. Sasaran , hujung tahun dah boleh join Miss Universe !
Nanti aku dah guna sebotol Fit Protein , aku cerita apa kesannya pada aku eh. Aku tak nak gebang lebih. Nanti korang kata aku overclaim lak. Yang pasti, six packs dah keluar lepas aku buat cutting ni. Badan pun lebih sedap dan segar berbanding ketika badan aku berisi dengan lemak dulu.
Pertanyaan mengenai Whey Protein , boleh whatsapp terus ke Gorilla Sport Nutrition .
1 comments
Menarik, cuma nak istiqomah kurus tu masih ke laut..hahaha
BalasPadam