Air tangki simpanan kereta selalu kurang , apa puncanya ?

by - Khamis, Jun 29, 2023

Kereta Nissan Livina aku dah berusia lebih dari 7 tahun. Milage pun dah nak cecah 300k. Hee.. Lasak guna dia. Pernah tukar dah radiator dan beberapa masalah kecil. Abis beribu gak la untuk dia saja. Dan terbaru, aku perasan air tangki simpanan coolent ni ada cepat sangat kurang air tapi tak la turun sampai kering. 

Contoh macam dalam gambar di bawah ni , semalam baru top up sampai maximum tapi baru pakai sehari , dah kurang banyak tu ! Dan aku perasan bila buka bonet enjin , perghh.. boleh terasa bahang dia ! Bukan baru tapi lama dah aku perasan. 

Dua kali aku gi check dan tetap gagal mengesan punca kehilangan air. Takda masalah kebocoron radiator. Solusi kedua , aku tukar radiator cap. Tapi sayangnya, air tetap kurang. Cadangan diberikan oleh mekanik yang aku kenali tu , dia suruh tukar enjin terus. 

Apa ??? Tukar enjin ? Dalam waktu begini nak tukar enjin , memang berdarah hidung weh.. Hahaha.. Nak tak nak, aku nak cuba solusi lain. Mesti ada punca tu. Takkan nak tukar enjin seketul kot ?? Kena dapatkan pandangan mekanik lain lak. 



Aku cari di Facebook dengan keyword  air tangki kereta  kurang. Dan jumpa beberapa jawapan yang perlukan aku bawa kereta ke bengkel untuk pemeriksaan. Antara faktor pemeriksaan radiator kereta aku ialah :

1. Mileage dah 100,000km atau usia kereta 5 tahun ke atas

2. Radiator mula berkarat

3. Coolant leaking (mungkin disebabkan hose/casing crack)

4. Air selalu kurang

5. Temperature tinggi

Jawapan kepada masalah aku ni ada banyak. Nak tak nak mereka kena buka dan check satu satu. Sejujurnya , memang kena bawak kereta pada yang lebih fokus pada radiator. 

Semoga ada jalan keluar tanpa mengeluarkan kos yang besar. Kena tunggu abis raya baru gi bengkel. Lama cuti weh diorang ! 

Kerana ini,  aku sekeluarga tak balik beraya korban di Kelantan..uhuk.

You May Also Like

0 comments