Cirit birit keracunan makanan ? Cuba guna serbuk Halia#1

by - Selasa, Ogos 15, 2023


Jam 1 pagi , aku terasa perut aku memulas mulas. Dia punya memulas tu aku dah syak , mesti ada salah makan. Aku harap , aku je kena. Jangan kena kat anak anak. Sian diorang. Selepas membuang , aku kembali tidur. Dan jam jam berikutnya , aku bangun ke tandas. Serius..penat jadinya ! Aku tengok wife aku pun sama. Katanya dah dua kali ke tandas. Dia rasa dia tau apa puncanya. Memang dia dah cakap sebelum tu tapi aku buat tak endah. Alhamdulillah.. kami berdua je kena. 

Aku turun ke dapur dan bancuh air halia. Er, takkan halia boleh bantu ? Nape tak buat air teh pekat pekat ? Ada beberapa orang rakan yang beli Halia#1 guna ketika kena cirit birit dan berkesan ! Sebab teringat pasal tu la aku gi bancuh. 

Lepas minum secawan.. aku google cari info pasal ni untuk mengukuhkan lagi teori konspirasi aku. Dan ternyata ada kajian mengenainya..

" Halia ni juga salah satu bahan semulajadi yang memang digunakan oleh orang dulu-dulu untuk legakan cirit-birit. Kaya dengan banyak bahan kimia tumbuhan bermanfaat yang disebut sebagai fitokimia. Sifatnya yang boleh kurangkan kekerapan dorongan untuk membuang. 

Selalunya, halia direbus bersama teh untuk dibuah teh halia. Sangat sedap dan sihat.Banyak lagi kebaikan halia ni antaranya mencegah masalah gastrointestinal seperti kembung perut, perut bergas dan mual.

Fitokimia ni berkaitan dengan fungsi untuk perangi jangkitan yang sebabkan cirit-birit. Contonya dalah kurangkan kesan menggigil akibat perut sakit serta ubah otot cramp pada saluran pencernaan untuk keluarkan sumber berlakunya diarrhea. " -  Neuroversiti


" Potensi penyembuhan halia menjadikan ia ubat yang berguna untuk merawat cirit-birit. Doktor timur telah menggunakan halia untuk merawat cirit-birit selama ribuan tahun. Halia menghangatkan perut dan merupakan tonik untuk sistem pencernaan. Ia juga mempunyai ciri-ciri anti-radang, analgesik, dan antibakteria yang membantu dalam menyembuhkan penyakit perut. Kesan antioksidannya mempunyai kesan positif terhadap kesihatan perut secara menyeluruh.

Minum teh halia boleh membantu memulihkan badan anda dan menambah cecair yang mungkin hilang semasa serangan cirit-birit. Biasanya, cirit-birit hanya akan berlangsung selama beberapa hari. Halia boleh membantu melegakan perut anda pada masa ini supaya pemulihan anda cepat dan selesa. " - Lifehealthdoctor

Sejujurnya , aku risau kena cirit birit ni sebab boleh sampai berhari hari lamanya ! Ada kawan sampai masuk wad dek kerana tersalah makan jer ! Teruk dia kena keracunan. Dan selepas kami minum secawan , perut aku terasa lega. Aku ke tandas sekali dua je tapi pembuangan aku menampakkan perbezaan. Tidak terasa perit seperti sebelum tu dan wife pula, katanya hanya sekali je membuang di pejabat pastu takda apa. 


Syukur pada Allah. Biasanya wife akan demam lepas cirit birit atau tak larat ke pejabat tapi kelmarin, dia ok jer. Aku je terasa sedekit lembik tapi tetap bersemangat gi gym. Heeee.. Nasib baik ada Halia#1 yang 100% asli tanpa campuran dan berkualiti. Kalau nak tunggu rebus , masing masing dah lembik dek kerana ulang alik ke tandas.. sapa je nak buatkan ? 

Nak serbuk Hali#1  ? Whatsapp sekarang sementara aku ada stok :  https://halia1.wasap.my/




You May Also Like

2 comments