Rokok dan vape di restoran mamak , di mana penguatkuasaan ?

by - Khamis, Ogos 17, 2023



Teringin makan tosei petang tu , maka sekeluarga ke restoran mamak berhampiran. Aku parking kereta dan dah terbau asap rokok sebab aku memang jenis suka buka tingkap kereta. Mata aku meliar mencari si perokok yang tak reti bahasa dan pentingkan diri sendiri tu. 

Dikesan. Ada dua kelompok. Satu geng remaja dengan vape dan satu lagi geng dewasa dengan rokok mereka. Mereka melakukan perbuatan menyedut tu di kawasan terbuka tapi mereka TAK TAU yang mana asap yang dilepaskan mereka tu , bukan bertukar jadi debu ! Angin bertiup dan boleh sampai ke lubang hidung manusia lain ! Ingat terus ke langit ke ???? 

Aku geleng kepala. Sedih. Berdekatan mereka ada beberapa keluarga bersama anak kecil sedang menikmati makanan mereka. Kami sekeluarga berjalan masuk ke dalam restoran. Mencari tempat di bawah kipas dengan harapan asap rokok atau vape tak menerjah lubang hidung. 

Sayangnya... tetap sampai juga asap rokok tersebut walaupun aku sedikit selsema ! Makin perit hidung aku. Asap rokok juga boleh bikin aku sakit kepala. Wife aku lak boleh kena migrain jika terbau asap rokok.

Nak bangun tegur ke tak ? Aku dah penat nak pergi tegur orang orang begini. Silap silap boleh bergaduh jadinya. Nak tak nak , cepat abiskan makanan dan aku pun ajak anak anak balik. 

Sian negara aku ni... undang undang dicipta untuk dilanggar....Ke laut dalam penguatkuasaan. Kalau tak cukup kaki tangan , amiklah staff tambahan bertaraf kontrak. Duit untuk bayar gaji ? Tuuu.. duit saman merokok vape boleh cover. Jangan risau.. aku nampak mereka yang merokok dan vape ni , orang orang berada...

You May Also Like

0 comments