Beli komik SPY x FAMILY lebih murah di online !

by - Khamis, Ogos 17, 2023


Baru baru ni, aku sekeluarga ke IOI Mall Putrajaya. Cadangnya aku nak cari kasut sukan untuk diri sendiri di samping nak belanja anak anak makan. Sesekali... support ekonomi negara. Tiba tiba Zahra menjerit kecil. Aku pelik. Aku tanya kenapa ? Dia kata ada POPULAR ! Eh, sejak bila budak ni main POPULAR ? Dulu masa aku remaja, rajin la aku masuk ke POPULAR. Ramai awek awek kaki membaca melepak situ baca buku. Hee... kita usha awek baik baik jer. Cuci mata je. Tak berani pun nak ngorat. 

Aku kata pada dia, selepas selesai urusan utama , baru kita ke POPULAR. Dia jawab ok. Dan aku kenal anak anak aku ni. Diorang akan menuntut kata kata aku. Mak diorang lak, dah kepenatan berjalan sebab ikut aku cari kasut yang aku nak. Tapi sayangnya, semua tak berkenan. Dia pun mencari kasut gak. Tak jumpa. Yang membeli , si Aariz ! Beli raket baru ! Adeh..

Ke premis POPULAR dari tingkat bawah ke  tingkat 2 memang mencabar bagi mereka yang dah kepenatan. Nasib baik aku sejak kebelakangan ni rajin layan treadmill dan cross trainer dalam 45 minit setiap pagi n malam. Maka ok je berjalan sana sini dalam mall tu. Wife dah ajak balik. Aku tahu, Zahra akan hampa.

Masuk je POPULAR , Zahra kata nak ke bahagian komik ! Eh budak ni ??? Biar betul. Tahu ke mana bahagian komik ? Dia hilang dari mata. Mengelabah aku laki bini. Aku suruh wife cari bahagian kiri.. aku ke kanan. Aariz dan Qhaliff ikut aku. 

Akhirnya jumpa di bahagian yang dia katakan tu. Dia panggil aku dengan muka kegirangan. Hurm.. Dia tunjuk aku buku yang dia nak. Cerita faveret dia rupanya tapi ni dalam bentuk komik. Aku pun angkat dan tengok harga. Bapak ah ! Satu buku RM55. Ada 11 siri. Pergh.. ni kalau dia mintak dijadikan koleksi , berdarah jugak hidung aku. 

Wife pujuk dia amik komik yang lebih mudah dan dia akur. Dia pilih komik lain dan jumpa. Harga pun boleh tahan. Dalam RM15. Gulp... Tapi dah janji punya pasal.. amik je la. PUFFY POPCORN tajuknya. Spesis komik mata besar rambut comel comel gitu. 

Aku post ke media sosial. Kawan kawan di Facebook bagitau kalau beli kat Shopee lagi murah. Aku suruh wife check dan benar ! Harga dia belasan je berbanding kat POPULAR. Aku tak tau la bab originality ni. Dan Zahra tak kisah pun. Dia nak memiliki dan baca jer. 

Dan mak dia order satu...beberapa hari kemudian , dapat laa buku tu. Seronok dia ! Terus membaca di situ gak. Teringat aku masa zaman remaja yang giler baca komik dan majalah. Kedai buku memang sasaran hujung minggu. 


Ada kawan kawan mintak link. Ok, aku sertakan kat sini yer. Harap membantu. SPY X FAMILY (ENGLISH Comic) vol. 1-11 NEW at 1% off! RM12.78 only. Get it on Shopee now! https://shp.ee/ugzb2mj

You May Also Like

0 comments