Dari kasut Under Armour ke Asics lak.

by - Selasa, Ogos 15, 2023


Awalnya aku nak beli kasut Camel seperti yang aku ceritakan pada posting blog yang lepas tapi setelah memikirkan dari sudut manfaat , aku batalkan niat. Aku tukar ke kasut untuk guna treadmill dan cross trainer. Bagi yang tak tau , kalau guna dua mesin ni awal pagi dan sebelum nak tidur dalam 20-30 minit, akan ternampak perbezaan pada tubuh badan. Ringan ringan je senaman. Tak perlu nak berat berat tapi nampak kesan. 

Aku ke IOI Mall. Cari kasut yang mampu bayar tapi berkualiti. Tak jumpa. Mahal mahal regenya. Biasanya aku akan cari di Al Ikhsan tapi rasanya aku cari di satu tempat yang aku rasa mudah dan banyak pilihan. Aku ke Mesa Mall. Situ ada OC @ Original Classic. Barang barang dalam tu harga mampu milik  dan berkualiti. Tak perlu risau part tiruan. 

Aku belek satu persatu. Dari satu jenama ke satu jenama. Cadangnya nak amik Under Armour atau Adidas. Tapi tertarik pulak dengan ASICS.  Aku mintak kat staff size aku dan try. Pergh... sedap ! Patutlah orang kata kalau dah try ASICS ni, akan jatuh cinta. 


Harga , lebih kurang je dengan jenama lain. Dalam RM170+ Tapi lengkungan kat depan tu bikin selesa kaki aku. Selama ni , kasut yang aku guna semua flat jer.. Jadi agak stress tapak kaki aku. Kali ni , sejam atas treamill atau cross trainer tu, aku lebih selesa. Alhamdulillah.. 

Kasut yang aku nak , mestilah ada warna striking. Heee.. bukan nak tarik perhatian orang tapi untuk keselamatan. Nak cari yang ada pembalik cahaya , mahal. Dan aku perasan bila ada warna striking ni, nampak mahal ! Hahahaha... 



 

You May Also Like

1 comments

  1. boleh survey juga ni untuk anak bujang..kasut die pun dah rosak

    BalasPadam