Demam on off tanda anak dijangkiti influenza ?

by - Isnin, Ogos 28, 2023


Beberapa hari sebelum peperiksaan pertengahan tahun, Aariz demam. Periksa suhu, dalam 37 macam tu jer tapi dia mula batuk berkahak dan selsema. Seminggu tak pergi sekolah. Tak buat swab sebab tak suspek dia ada influenza. Pastu sihat. Abis peperiksaan , dia demam semula. Tu pun selepas balik dari rumah mak aku. Lawat dia kurang sihat. Ikutkan nak pergi sorang je tapi mesti mak aku rindu cucu cucu dia. 

Esoknya badan dia panas semula. Dah tak pergi sekolah dua hari sebelum cuti penggal. Tak sedap hati..gi klinik buat swab test dan dia positif ! Kata doktor , dia dah dalam proses pemulihan dah pun. Bermakna masa seminggu masa tak sihat tu la dia dijangkiti influenza. Tapi doktor arahkan kitorang sekeluarga kuarantin beberapa hari. Adeh.. tak boleh balik Kelantan lagi ! Dan untuk ubat ubatan lak, doktor suruh beli di farmasi. Katanya ubat untuk influenza mahal sedikit. 

Seingat aku pun aku kena gak kot sebab ada simptom simptom seperti cirit birit , demam , batuk , sakit tekak dan sakit sakit sendi. Tapi aku tak swab test la. Cuma memang lembik aku seminggu tu. Betul betul hilang tenaga. 



Beberapa hari lepas aku kena, wife lak kena. Nasib baik dia cuma dua hari gitu je la lembik. Aku buatkan air herba kasi minum jer. Ubat demam pun guna Zahra punya. Oh , air herba apa ? Biasa la.. Halia#1 ditambah dengan cinnamon dan madu. Minum sepanjang hari. 

Dan semalam , Zahra pulak panas badan. Terus bawak gi klinik. Doktor kata suhu badan 38. Panas skit tapi paru paru , tekak semua ok. Suruh makan ubat demam dulu dan tengok sehari dua camana. Kalau demam dan batuk , bawa semula untuk swab. Jika dah sembuh , kena amik vaksin influenza untuk anak anak.. 




Aariz pulak...masuk hari ke 3, demam dia dah kebah.  Zahra pun gitu gak. Batuk Aariz , sesekali. Cergas dan selera makan tetap ada. Alhamdulillah... Duduk rumah dan layan monopoli solat je la jawabnya ! Tak berani nak balik Kelantan lagi walaupun diorang dah semakin sihat. Risau... nanti berjangkit lak dengan orang orang kat sana. Kasi sembuh betul betul. 

Sedikit info pasal Influenza dan tips kesihatan dari Dr.Azril. Nasib baik aku memang dah hentikan jajan dan makanan serta minuman yang tinggi gula pada anak anak dan fokus pada natural food jer.




You May Also Like

2 comments

  1. Wah, betul-betul artikel ni melintas depan mata saya. Kebetulan anak pun on off demam ni. Terima kasih Ben

    BalasPadam
  2. anak aku 3 orang batuk n selsema termasuk isteri aku. 2 minggu macam tu. Time tido lagi makin rancak diorang batuk. yang peliknya aku tak kena batuk tu. bila aku fikir balik setiap hari lepas makan, aku suka makan gula gula berangin. Mungkin sebabtu tu aku tak kena batuk tu...

    BalasPadam