Perlu ke ambil ubat kurus untuk kurus ?

by - Khamis, Ogos 17, 2023


Makan nasi tak salah cuma kena kawal jumlah pengambilannya. Bila kata kena kawal , jumlah nasi yang perlu ada atas pinggan adalah berdasarkan penggunaan tenaga kita pada hari itu. Tak payah nak hitung berapa kalori bagai tapi kena tau apa kita punya aktiviti hari tu jer. Tapi masalahnya ramai beranggapan nasi itu penting ! 

Aku tak nak ulas part ni sebab bukan kemahiran aku. Tapi Alhamdulillah, 20 tahun aku keluar masuk gym berusaha nak dapatkan six pack , rupa rupanya hanya memerlukan beberapa bulan saja ! Kalau betul betul berdisiplin jaga makan , lagi cepat. 

Masalah utama sekarang ni , nak kekalkan ! Nak dapat tu satu kepayahan yang menjanjikan pulangan yang lumayan tapi camana nak kekalkan tanpa menyekat selera makan ! Hurm.. ramai tanya macam ni kat aku. Kalau boleh, tak nak la buang nasi bagai.Dia suka makan... camana tu ?

Senang jer. Kalau sekadar nak sihat , makanan dalam pinggan tu perlulah berkhasiat. Dan elakkan makan selepas jam 8 malam. Tidur awal dan jauhi gajet atau menonton cerita di lewat malam. Itu penting. Tidur lambat akan bikin badan kita stress. Sesuatu yang perlu dijauhi. 

Sarapan pagi satu hal lagi. Yang ni masih ramai dok berpegang kata sarapan pagi tu sangatlah penting. Kalau penting , makanlah tapi janganlah isi dengan makanan tinggi karbohidrat. Cuba amik telur rebus 2 biji atau buat je setengah masak. Atau paling tidak pun, kurma sebiji ke 3 biji. Dah. Nak gi pejabat je kan ? Banyak mana sangat kalori diperlukan ??? 

Tengahari nanti.. makan la banyak sikit. Tapi pastikan banyakkan protein dan fiber. Ikan bakar ke , ayam bakar ke.. kalau takda dua dua tu ? Makan je la real food. Jauhi makanan yang diproses. Kalau nak kurus atau turunkan berat badan la secara sihat. Ada coach kata , boleh makan semua tu tapi berpada padalah. Persoalannya, makanan tu sihat tak untuk anggota badan kita ? 




Manfaat dari disiplin yang aku buat tu , banyak. Alhamdulillah. Antaranya , tekanan darah aku terkawal yang mana sebelum ni aku ada HYPERTENSION tanpa perlu makan sebarang ubat. Aku dah ada HYPERTENSION ni dari umur 20an.  Aku ingat pesanan doktor tu. Kalau tak nak makan ubat , jaga makan ! 

Yer... aku stop gula putih dan apa saja makanan yang tidak sihat. Makan lewat malam pun aku stop. 

sesekali layan rojak mamak dan tosei tapi di waktu petang bukan malam !

Dapat badan cantik itu bonus apatah lagi tanpa perlu masukkan sebarang ubat ubatan sintetik untuk membakar lemak. Aku cuma amik whey protein jer. Tu pun jika hari tu aku tak makan cukup protein. Dan biasanya protein aku tu , aku campurkan dengan kekacang seperti almond , walnut dan seed.

Satu hal lagi.. bila kita amalkan disiplin pemakanan gini , bila jatuh sakit... inshaAllah tak teruk keradangannya. 


Semoga bermanfaat..

 

You May Also Like

2 comments

  1. Jiran saya baru meninggal 2 hari lepas, umur 44 tahun. Tak ada sakit apa2, meinggal masa tido. Hospital siasat rupanya ada HYPERTENSION. So, dia meninggal sebab Hypertension. Kata Isteri Arwah, masa hidup Arwah sihat walafiat jer, ada darah tinggi pun tak perlu makan ubat, but tup2 dia pergi buat selama-lamanya.

    Jadi, pesanan untuk kita semua, jagalah makan kita dengan sebaik2 nya dan selalu pergi buat medical check up setiap tahun.

    www.dorsettpink.com

    BalasPadam
  2. Makan protein sehari berapa banyak?

    BalasPadam