Anak nak exam , aku yang cemas !

by - Jumaat, Ogos 11, 2023


Dulu aku dok baca posting kawan kawan jer pasal anak anak nak exam. Baru darjah 1 , dah kalut risau anak tak cemerlang. Tu belum darjah 6 yang mana akan menentukan hala tuju selepas tamat sekolah rendah. Nak masuk sekolah biasa atau ke sekolah sekolah khusus. 

Aku ada 3 orang anak. Masa berganti masa. Sekarang giliran aku pulak nak rasa risau walhal tak perlu pun sebenarnya tapi bila melihat posting kawan kawan menunjukkan kecemerlangan anak masing masing, aku rasa aku perlu buat sesuatu. Bukan untuk aku menunjuk nunjuk di media sosial tapi untuk masa depan mereka juga. Aku tak harapkan mereka jadi Perdana Menteri atau Menteri Ekonomi tapi memadailah menjadi insan insan yang berguna pada negara dan agama. Jangan menipu orang ! Gitulah..

Belajar bersungguh sungguh untuk dapatkan seberapa banyak ilmu di dunia ini. Itulah pesan aku. Itulah saja harta yang boleh aku nak berikan pada mereka. 


Minggu depan ,  ujian pertengahan tahun. Semua terlibat. Walaupun aku kata tak penting tapi sebenarnya itulah kayu pengukur tahap pencapaian mereka buat masa ni. Nak tahu gak di mana level mereka buat masa ni. Yelah.. nak tau gak apakah mereka selama ini berjaya tangkap apa yang diajar di sekolah oleh cikgu mereka. Termasuk juga ketika masuk ke kelas online Fly High Training Centre. 

Alhamdulillah.. dengan bantuan guru guru berpengalaman , walaupun agak sukar pada awalnya mereka nak ikut tapi setelah beberapa ketika, mereka serasi dan berjaya ikut rentak tenaga pengajar. Rakan rakan sebaya dalam tu pun bijak bijak orangnya. Terasa tercabar la juga mereka. Baru nampak persaingan. 

 
Qhaliff dalam kelas Sains Tahun 5

Zahra , dalam kelas BM Tahun 3. 

Selain kelas online , Qhaliff yang bakal ke Tahun 6 lagi beberapa bulan telah sertai beberapa bengkel untuk memahirkan otaknya. Yelah.. berdepan dengan guru guru Bistari ni sesekali bagus ! Baru dia nampak sendiri  depan mata camana sebenarnya konsep , tips , teknik yang lebih pantas , tepat dan padu diajarkan. Alhamdulillah , baru baru ni dia join satu bengkel di MMU, Cyberjaya dan ternyata memberi impak terutama dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu yang mana kedua dua subjek ni , dia agak lemah sedikit. Bukan sebab tak tau tapi kurang fokus ! Hurmm... 

Antara bengkel bengkel dalam masa terdekat yang bakal dianjurkan oleh Fly High Training Centre dan Qhaliff bakal sertai. Inshaallah ! Untuk maklumat lanjut mengenai bengkel bengkel ni, korang boleh terus ke Page Rely Apps atau Fly High Training Centre. Ada banyak bengkel yang akan diadakan tidak lama lagi. Rugi la tak join ! 

Kalau ada duit , jangan berkira kira dengan anak anak. InshaAllah , kita akan lebih murah rezeki.






You May Also Like

0 comments