Untung beli barang elektronik di Seng Heng

by - Khamis, Ogos 17, 2023

Rutin hujung minggu sang isteri , siapkan pakaian anak anak ke sekolah sepanjang minggu. Dia uruskan bab seterika dan menyusun. Aku tak nak masuk campur tapi jika diperlukan , aku bantu la. Hee.. bukan apa.. kalau masuk campur, mesti tak kena kat mata dia. Maka malas nak buat kerja dua kali. 

Tiba tiba.. 

" Bang , seterika ni macam rosak jer ? " katanya, Lampu berkelip kelip dan tidak lagi panas. Hurm.. duit lagi ! Teringatkan kami beli kat Seng Heng , aku suh dia check waranti. Mana la tau kot kot masih dalam waranti. 

Tak jumpa lak. Tapi tak pe.. aku ajak dia ke Seng Heng Nilai petang tu gak. Bawa sekali seterika. Cuba nasib. Mana la tau kot kot ada rezeki dapat gantian. 


Di Seng Heng Bandar Baru Nilai , kami dilayan mesra. Aku beli handphone kat sini gak walaupun ada yang kata mahal tapi bagi aku berbaloi sebab waranti. Macam Samsung Note 20 Ultra aku baru baru ni, skrin rosak.. hantar sini dan tak cita banyak... terus diorang tukar skrin selagi mana handphone tu masih dalam waranti. 

Berbalik pada seterika ni... diorang check dan bagitau kami bernasib baik waranti tamat bulan 10. Maka diaorang kasi tukar one to one tapi dengan nilai yang sama. Alhamdulillah... lega dengar. Maka mencarilah wife seterika yang sesuai.. 

Ada beberapa pilihan. Cuma harganya lain sedikit la. Kena tambah wang ler. Tapi ok la dari kena bayar 100%. Tambah pun cuma berapa puluh ringgit. Dan waranti dapat semula 2 tahun. 




Aku test drive dan memang best iron ni. Cepat panas dan cepat sejuk bila dah tak digunakan. Licin pun licin ketika seterika. Pesanan aku , bab waranti ni penting. Beli kat kedai yang mudah bincang bab waranti. Ada kedai, sembang kencang. Bila rosak , dia suh kita hantar sendiri ke pengeluar. Giler ah !

You May Also Like

3 comments

  1. saya pun selalu beli sini sebab boleh collect point

    BalasPadam
  2. Saya pun suka jugak beli kat Seng Heng, suka dengan customer service diaorang, sangat friendly dan tak mudah melatah bila ditanya banyak soalan oleh customer.Dan after sale service pun bagus.

    www.dorsettpink.com

    BalasPadam
  3. Seng Heng boleh bayar ansuran. Haha. Btw skrin rosak macam mana tu ? Yang selalu orang sibuk duk kata ada line hijau ka ?

    BalasPadam