Nak makan apa pagi pagi kalau tak nak makan nasi ??

by - Rabu, Ogos 02, 2023


Ada yang cakap , dia makan je apa dia nak makan..  tak kisah pun bentuk badan camana asalkan dia bersenam setiap hari ! Tak perlu pun nak berotot atas bawah ! Betul ! Dulu aku fikir macam  tu la. Nak berketul ketul tu tak perlu pun. Bukan nak tunjuk kat orang ! Bini kat rumah tengok dah laaa.. Kan ? 

Sapa suruh tunjuk ? Aku tunjuk ? Aku tunjuk tu nak kasi tahu hasil kat orang orang yang tak percaya kata kata aku yang mana apa yang aku buat dalam masa beberapa bulan ni berhasil berbanding berpuluh tahun aku buat tak jadi apa apa malah lagi tak sihat ! 

Apa ???? Bersenam tapi tak sihat ???? Camana tu ? Cer citaaa... 

Konsep yang aku 'diajar' dulu... Kau nak makan apa , makan je ! Asalkan bersederhana. Jaga minyak , jaga gula dan jaga lemak ! Erk... nak jaga minyak camana ? Nak jaga gula camana ? Nak jaga lemak camana ? Asal makan kat luar semua tu ada. Asal mak masak , semua tu ada. Nak buat sendiri.. mana mungkin ! Kos tinggi satu hal lagi !! Maka... makan je la apa nak makan asalkan sederhana. 

Sederhana tu lak camana ? Makan skit skit je ? Dua tiga suap dah ? Alamak.. makanan tengah sedap kot. Takkan nak buang ? Membazir namanya !! Aduh.. pening macam ni ! 

Kesudahannya.. ramai gagal dan belasah je la nak makan apa asalkan 'sederhana'. Maka siang malamlah melantak macam macam. Kesannya, masuk umur 40an , sakit la macam macam seperti sakit sendi , tekanan darah tinggi , Diabetis , kolestrol dan macam macam. 

Alhamdulillah... segalanya berubah bila wife aku kena gastrik. Baru aku sedar yang mana konsep aku buat selama 20 tahun keluar masuk gym tu salah. Patutlah perut boroi tak hilang hilang walaupun dada sasa ! Tapi sebenarnya tak sihat. 

Camana nak tau  tubuh badan kita ok ke tak ? Bangun awal pagi.. apa kita rasa ? Lemau ? Sakit kepala.. rasa terhoyong hayang ? Kepenatan ? Haa.. tu semua tanda tanda awal kepada badan yang tidak sihat berpunca dari perut ! 

Apa nak kena buat ??? Ubahlah... Bukan dengan tak makan tapi kena amik tahu apa yang nak kena makan, waktu bila nak kena makan dan jumlah yang nak kena makan. Dan paling penting , makanlah sekadar ikut keperluan. Macam isi minyak keretalah.. kalau takat nak gi amik anak sekolah , isi petrol tak perlu penuh. Kalau nak jalan jauh, isilah penuh penuh. Gitulah..

Contoh makanan aku. Jika makanan tu tinggi karbo, aku kongsi dengan wife. Kalau tinggi protein, aku taknak kongsi ! Haahhaa..

Dua tips yang aku curi dari media sosial dan ianya berjaya sangat untuk hilangkan lemak perut aku yang cukup degil. 20 tahun aku nak hilangkan dia ternyata payah. Bila dah hilang , rupanya lemak tu seberat 10kg ! Yelah, dari 90+kg turun ke 82kg sekarang ni.. Tu pun belum abis lean lagi. Ada sisa sisa untuk aku simpan sebagai kenangan. 

Tips pertama aku guna.. stop makan sebelum jam 8 malam. Dan makan malam tu, aku pastikan tidak tinggi karbohidrat. Kalau nak makan berat yang tinggi karbo, aku makan dalam jam 6 petang gitu. Kasi 4-5 jam masuk perut sebelum aku tidur. 

Tips kedua... pagi pagi aku pastikan aku bersenam ringan. Brisk walk ke.. jump rope atau buat je apa senaman yang bikin berpeluh. Kalau sempat , aku gi gym dulu. Dapat 45 minit hingga sejam , cantik dah. Aku guna tenaga 'semalam' untuk bersenam. Balik tu barulah aku makan...

 

Ok.. nak makan apa lepas gym ? Nah.. ni penting ! Ramai gi bantai roti canai.. roti putih.. nasi berlauk sebagainya dek kerana kononnya dah abis tenaga ! Perlu recharge ! Adeh...Nak reharge bukan kena makan berat berat ! Kita kena tahu bila kita kepenatan, apakah yang perlu dimasukkan ke dalam perut kita untuk menaikkan semula tenaga kita. Sebab itulah 'mereka' buat air tenaga ! Nah... tapi jangan minum air tenaga kat kedai kedai tu. Cari yang natural dulu seperti air kelapa atau air putih dan taruk secubit garam bukit...sikit jee ! Kalau takda dua ni, air putih pun cantik dah ! Jangan teguk terus menerus ya ! Minum perlahan lahan. Jangan terus telan. Kumur kumur dulu dalam mulut tu.. 

Selepas tu barulah cari makanan yang tinggi protein dan fiber. Pastikan juga ada lemak sihat yer. Tiga ni perlu ada sebelum masukkan makanan berkarbohidrat. Macam aku , selepas workout.. aku  minum dulu sesudu minyak zaitun Al' Ard dan secawan air chia seed. Pastu baru buat air protein. Aku gabungkan dengan kekacang seperti almond , walnut dan seed. Telur  setengah masak 2 bijik dan barulah satu scoop whey protein. Ikutlah brand apa yang korang mampu beli. Pastu blend la.. Sedap wooo ! Jadi milk shake gitu. Kalau letak ais. aummm ! 


Abis tu nasi tak makan ?? Erk... aku nak makan nasi untuk apa ? Dapatkan khasiat ? Atau kita orang melayu wajib makan nasi ? Atau kita orang Asia ni memang tak boleh berpisah dengan nasi ? Aiseymen... kena brainwash dah kita. Heeeee....

Kalau tak cukup tenaga ? Kurma ada.. pisang ada... eh , banyak la makanan ada ! Macam macam boleh makan. Takkan tak dapat nasi , mati dah ? Rileks la.. Apa ? Nasi tak bersalah ? Betul. Tapi boleh ke korang nak makan segenggam nasi setiap kali nak makan ? Mesti bertambah kan ? Nah... Cam aku , aku tak leh kawal nafsu bila dah mula makan. Sebaiknya aku elakkan terus. Dan aku lebih rasa sihat sekarang. Tak caya.. cubalah.. 

Tapi jangan paksa diri. Kalau tak mampu , kurangkan je pengambilan. Dan masa makan tu, mulakan dengan abiskan fiber , protein dan barulah karbo. Makanlah hanya untuk ambil kebaikannya. Sesekali nak layan sedap.. boleh jer. Masa tu akan terasa nikmatnya ! 

Ha.. ada yang kata buat apa nak badan cantik cantik ? Hee... hidup jangan nak membohonglah. Kita ni manusia. Badan cantik tu idaman semua orang. Nak ngan tak nak.. mampu atau tidak. Tapi yang paling penting , biarlah kita sihat barulah cantik ! Jangan kejar cantik tapi tak sihat ! Ada yang cepat sampai amik produk produk yang membahayakan kesihatan dalaman ! 

Satu lagi kelebihan bila kita badan sihat dan berotot ni, nak bermain dengan anak anak masa kecil pun mudah.. nak berjalan jauh pun mudah. Nak angkat barang berat pun senang. Nak kemas rumah pun tenang jiwa !

Oh ya.. bagi korang yang nak cari suppliment bagi mencukupkan pengambilan protein harian , boleh gi beli atau tengok di Gorilla Nutrition Sport. 

Gorilla Nutrition Sport  : 3-G, CEMPAKA MALL, Jalan BBN 6/2b, Desa Cempaka, Nilai , 71800
   

You May Also Like

2 comments

  1. Betul tu, badan cantik mmg idaman semua org, takde nya org tak nak badan cantik. tq tips, boleh la try amalkan nnti.

    BalasPadam
  2. Thank you sharing Aben! Cuma part nak cukupkan tido yang masih struggle. Huhuuu

    BalasPadam