Isteri pertama untuk dihargai , isteri kedua untuk dicintai . Ketiga ? Keempat ?

by - Selasa, Ogos 22, 2023


Ternampak la poster ni kat Facebook dengan beberapa bebelan dari rakan rakan wanita. Masing masing pakat la share dan berikan pendapat masing masing. Korang pun tau la pendapat camana yang diluahkan mereka. Pastinya kena hentam la brother kita ni. Adoilah.. 

Aku tak kenal diorang. Diorang pun tak kenal aku. Ok... adil ! Tapi bila masuk bab bab gini , aku rasa tak bijak betullah dia gi share di media sosial. Kau nak kawin berapa ? Apa kau nak buat.. lantak kamulah. Tapi yang jadi masalah, bila kau gi share ! Nak tunjuk wife kau bagus ? Kau berkemampuan sampai leh kawin berapa ? Baguslaah. Tapi semua ni akan membuatkan para suami macam aku akan dipersoalkan ketika nak mencekik ! Nak jawab camana ??? Nak pusing camana ?? Kiri kanan confirm kena. Kasi jawapan jujur , diorang tak percaya. Tak kasi jawapan , diorang kata bersekongkol ! Jawab ya ??? Aset semua atas nama bini woiiii ! 

Nak dijadikan ceritanya.. Malam tadi , sedang aku tgh masak di dapur. Nak habiskan sisa sisa makanan siang tadi dengan memanaskan semula. Ada daging dendeng dan ditambah dengan telur goreng setengah masak. Yummy... terliur dah aku tengok masakan aku sendiri. Takan Kerul Aming tu aku pukul abis laaa. Dap woo.. Takda resepi resepi ! Ni rahsia turun temurun. Huh ! Sibuk nak resepi !

Dah di penghujung masakan.. sekali wife datang kat aku. Dengan muka sejuta persoalan tak puashati ! Kemudian dia jarakkan sedikit dari aku. Risau aku peluk dia. Nanti batal wuduk dia. Dah ready nak solat Isya. Hahahaha... 

Kemudian dia tanya.." Abang.. apa pendapat abang mengenai kata kata ini.. Isteri pertama bla bla bla... isteri kedua bla bla bla..."

Aku kata dah ! Aku kata dah !! Hanya menanti masa saja untuk dia bertanya. Adoilah Abam Tesla woiiiiii !!! Ko punya pasal laaaaa ni !!! Aku nak masak pun dah hilang skill tetiba!!! Selera masih ada la. Masih terliur tengok daging dendeng yang wife aku masak siang tadi. Hee.. bukan aku masak. Aku panaskan semula jer. 

"Jawablah bang.. nak tau gak... " 

Dan aku pun jawablah... 

" Dia berkemampuan. Biarlah dia nak kawin berapa pun. Asalkan dia boleh jaga zahir dan batin. Dia muda lagi. Duit banyak. Bini dia pun setuju. Ok la tu. Dari dia ada skandal sana sini. Benda dah halal.. kawin je la.. " jawab aku dengan harapan dia terima. 

" Tak.. saya tanya.. ye ke isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai ? " tanya dia dengan senyuman.

Aku senyum. Aku jawab... " Pepatah tu diorang cipta masa tengah banyak duit. Cuba suh kasi pepatah masa dompet ada habuk kayu jer. Jangankan pepatah , suara pun takda ! Air mata bergelinangan jer.. Masa tu, bini yang ada pun silap silap nak tinggalkan dia ! 

Gitulah kehidupan. Kita tak tau kehidupan orang.. orang tak tau kehidupan kita... tapi kita sibuk dengan kehidupan orang walhal kehidupan sendiri tunggang langgang...

You May Also Like

1 comments

  1. pening tengok sekarang ni,kisah rumah tangga terlalu banyak
    orang share

    BalasPadam