Akhirnya , dapat juga casing Samsung S23 Ultra yang berbaloi !

by - Khamis, Ogos 10, 2023


Berbulan cari yang sesuai. Macam macam jenis ada. Best best tapi harganya , fuh ! Mau dekat cecah 3 angka. Tapi pastinya berkualiti la dan tahan lasak. Aku nak cari yang tahan lasak. Bukan apa... bila aku nak tukar kepada phone lain, yang ni bila kasi kat wife atau anak anak, ianya dalam kondisi yang baik macam Samsung Note 20 Ultra dan Samsung Note 9 aku. Aku suka phone yang ada S Pen. Berbaloi. Hee...

Casing yang ni, dia boleh cover kamera belakang. Maklumlah, zaman ni orang boleh hack kamera kita tanpa kita ketahui. Sebagai langkah berjaga jaga... dan keselamatan. Kalau terjatuh atau ada menda tajam yang kita tak perasan.. mampu mencalarkan lens kamera. Nak tukar, bukan murah oiii ! 

Harga.. yang ni dalam RM36 jer tak termasuk penghantaran. Semalam beli kat Lazada , hari ni sampai. Laju gak. Aku pilih seller di Selangor jer. Tu pasal cepat. Malas nak cari jauh jauh dan kena tunggu berhari hari. 

Stand kat belakang tu menarik bagi aku. Besi dan nampak macam boleh tahan lama. Senang nak buat video kalau di gym. Aku kan cari makan dengan cara begini. Terpaksa la ada menda menda ni. Nak usung tripod malas. 

Kualiti casing , memang terbaik la. Cuba sedikit berat je la. Kalau baling anjing , confirm dia menjerit pastu kita menjerit gak la. Hahahaa.. Takkan nak baling kan ? Oh ya.. beli mana ? Lazada ajaaa dong !

 

You May Also Like

0 comments