Qhaliff lebih bersemangat selepas sertai bengkel pendidkan anjuran Fly High !

by - Selasa, Ogos 01, 2023

Kali pertama dia sertai bengkel bersemuka begini selepas PKP. Selalunya belajas secara online jer. Dan pada awalnya dia tak nak ke bengkel ni tapi selepas aku terangkan tujuan dan matlamat bengkel ni , dia bersetuju nak masuk. Ditambah lagi aku bagitau bila lagi nak merasa masuk belajar di universiti terkemuka di Malaysia , terus dia teruja. 

Bengkel ni sepatutnya diadakan di USIM tapi berubah tempat saat akhir atas masalah teknikal tapi segalanya diatasi dengan pantas oleh pihak penganjur iaitu Fly High Education Centre dan MMU Cyberjaya jadi pilihan terbaik dan ianya berbaloi ! 

Alhamdulillah... Qhaliff yang join bengkel ni walaupun belum untuk memohon masuk ke sekolah pilihan menengah nanti tapi sekurang kurangnya dia dah tahu apakah bentuk bentuk soalan dan persediaan di Tahun 6 nanti. Ditambah pula cikgu cikgu yang menurunkan ilmu bukan calang calang pengalamannya , dia membeitahu aku bahawa cikgu yang mengajar di situ jauh lebih best dari sekolahnya ! Hahaha.. mudah faham katanya. Adeh.. 

Selain itu, pengalaman dapat kenalan baru dari kawasan lain dan hilangkan stress sebab dapat ilmu baru juga jadi bualan Qhaliff semasa dalam kereta dan di rumah. Lega aku sebab dia dapat sesuaikan diri. Maklumlah, kali pertama lepas dia ke tempat tempat gini tanpa pantauan aku mahupun wife. 

 





InshaAllah, selepas ni ada 2 bengkel lagi yang mana aku nak dia masuk juga untuk menimba ilmu. Aku tak kisah pun dia dapat masuk ke tidak satu hari nanti tapi aku nak dia punya pengalaman hidup atau kenangan manis di tempat tempat ilmiah begini. 

2 bengkel ni confirm menarik ! Nasib aku tua dah.. kalau tidak, sah sah aku pun join sama ! 



Jika berminat , boleh terus hubungi mereka di : 
Wasap.my/60126509622

You May Also Like

0 comments