Anak angkasawan negara pun sertai bengkel bersemuka !

by - Selasa, Ogos 22, 2023

Walaupun Qhaliff baru Tahun 5 atau darjah 5 , aku masukkan dia sekali lagi ke bengkel persediaan untuk PKSK & UKKM yang bakal diadakan di Sirim , Selangor.  Kenapa ? Katanya , yang dia pergi baru baru ni mengubah cara pembelajaran dia dan juga dapat banyak tips tips pembelajaran yang lebih berkesan. 

Dan ternyata.. memang ujian baru baru ni dia kata dia dapat menjawab soalan dengan lebih berkeyakinan tinggi berbanding sebelum sebelum ni. Kelas online dan juga bengkel banyak membantu dia. Alhamdulillah. 

Terbaru.. aku dikhabarkan anak Dr. Sheikh Mustaphar , angkawasan negara pun anak join dan dia sendiri akan terlibat dalam bengkel tu. Apa dia akan buat , itulah bonus untuk anak anak yang sertai bengkel tu nanti. 

Banyak kelebihan anak anak kita kalau join bengkel Persediaan PKSK/UKKM ni. Bukan saja untuk masuk ke SBP atau MRSM tapi untuk ilmu pengetahuan mereka juga kerana apa yang diajar atau diturunkan ilmu berbeza dari di sekolah kerana mereka menggunakan pendekatan lebih mudah dan padu ! Tips tips yang diberikan... adalah cukup bermanfaat sama sekali. Maklumlah, mereka adalah guru guru berpengelaman dan dikategorikan guru guru bistari. Cenggitu.

Untuk bengkel kali ni, katanya akan dibuat di SIRIM, Shah Alam. Kuota pun dah nak penuh. Rugi la kalau tak join. Kalau ada duit, apa la sangat untuk anak anak. Lagi pun diorang akan jumpa ramai kawan kawan baru yang seangkatan dengan mereka. Yang nak join ni pastinya murid murid berkeyakinan tinggi ! 


 

Info lanjut di www.flyhigh.my atau boleh whatsapp terus ke wasap.my/60105433732


You May Also Like

0 comments