Kata orang , kalau nak kurus kena skip minyak ! Tapi aku makan je minyak !

by - Rabu, Ogos 23, 2023

Berat badan aku sekarang , 82-83kg gitulah. Dari 90+kg, dah menurun banyak sejak aku jaga betul betul pemakanan aku. Tapi nak kata jaga 100% sampai tolak makanan sedap sedap tu, takda la pulak. Aku cuma elakkan makanan yang ultra process seperti fast food dan beberapa makanan kegemaran aku seperti burger , hot dog dan sebagainya la. Pastu aku tak lagi minum minuman bercampur 3 in 1. Diharamkan berada di rumah aku. Begitu juga biskut biskut serta roti roti berasaskan gandum yang mana satu tika dulu memang wajib beli ! 

Kesannya.. memang di luar jangkaan aku yang mana aku rasakan ianya satu perkara yang sangat mustahil boleh berlaku pada aku. Ingatkan kena amik ubat ubatan sampingan untuk membakar lemak lemak jahat di bahagian perut dan pinggang tapi rupa rupanya, tak perlu pun. 

Antara yang biasa aku dengar la kata kata mereka yang 'pakar' dalam bidang jaga badan ni.. kalau nak dapat badan cantik , kena jaga gula.. garam.. lemak.. dan minyak ! Haaa ! Serius betul dah tu tapi yang tak diberitahu, nak makan kalau kena cut gitu ? Adeh... semua makanan zaman ni ada bahan bahan gitu. Naya Rafizi cam ni !! 

Alhamdulillah... setelah buat sedikit kajian dan ujikaji, dalam tempoh beratus hari.. aku berjaya dapat badan idaman ! Hahahahah.. beratus hari ya. Bukan sehari dua. Kalau tak sabar , korang boleh telan ubat kurus. InshaAllah dapat badan idaman cepat pakej rosak buah pinggang. 

Aku cuma tak ambil gula putih , nasi putih , makanan berasaskan tepung gandum seperti roti putih , roti canai , biskut biskut dan fast food. Lain lain aku makan. Tapi aku utamakan masakan di rumah. Wife aku pun tahu apa dia kena masak untuk aku dan anak anak. Apa sajaaaaa ! Masak je la asalkan guna minyak zaitun Al'Ard. Bab minyak zaitun ni , banyak dah yang palsu ! Aku percaya jenama Al'Ard je buat masa ni. 

Orang kata minyak masak ni punca gemuk ! Aku tak tau la betul ke tak tapi yang aku pasti , setiap hari sesudu minyak zaitun memang wajib aku amik. Bahkan anak anak pun aku wajib ! Awal awal dulu payah tapi sekarang diorang dah tau dah... Rasanya pun berlemak jer. Boleh diterima tekak ! 

Minyak zaitun sangat berkhasiat untuk anak anak yer. Kalau tak percaya , korang boleh google sendiri. Kat Tiktok pun banyak video video dari pakar beritahu akan kebaikan minyak zaitun ni tapi korang kena pastikan ianya.... original ! Nak original... dapatkan Al'Ard jer. 



Alhamdulillah.. tekanan darah pun cantik dan terkawal sejak dua menjak ni. Bangun pagi mudah...bertenaga dan segar bugar ! Anak anak pun begitu jugak. Kalau nak gi sekolah tu , kalau tak nak sarapan , aku kasi je sesudu minyak zaitun. Bekal makanan memang wajib bawa kecuali Aariz yang seronok membeli di kantin. Baru belajar pegang duit kata orang dulu.. 

Kelebihan minyak zaitun ni banyak maka tak hairanlah kalau di luar negara tu banyak minyak zaitun palsu atas pelbagai jenama kemudian dilonggokkan di pelbagai negara termasuklah negara kita. Aku pun tak tau la kenapa tiada penguatkuasaan bab ni. Lemah ! Bila ada kes besar , baru kalut nak tarik balik. Lemah !!! 

Lagi beberapa hari nak gaji kan ? Nah... kalau berkemampuan , aku cadangkan korang gi ke website Al'Ard dan belillah sebotol atau setin dua minyak zaitun. Kalau nak menang pakej umrah , belilah yang First Harvest Limited Edition punya. Baru baru ni, mereka baru perkenalkan pemenang pemenang bulan Julai dan antaranya pakej umrah dan ke Palestin. Best !!! 

Kelebihan First Harvest ni dari sudut kualiti yang lebih tinggi berbanding yang Premium Organic. Kiranya macam baru je tuai , terus dibotolkan. Takda nak simpan simpan dulu. Cenggitulah... Apa pun, dah terbukti.. 2 bulan aku guna minyak zaitun , aku tak gemuk ! Nah... gambar aku kasi dah tu. Malah aku rasa lebih fit berbanding sebelum ni. Pernafasan aku lebih lancar dan terurus sekarang.. Alhamdulillah.





You May Also Like

1 comments

  1. Sudah coba diet carbo tp belum berhasil. Sekarang mau coba juga resep ni minyak zaitun yang First Harvest Limited Edition.

    BalasPadam