Whey Isolated HALAL !

by - Selasa, Ogos 22, 2023

Ada kawan mesej aku di Tik Tok dan bertanya mengenai whey protein. Yang mana bagus untuk dia buat cutting dan menaikkan otot ? Hurm... Nampak mudah soalan tapi berat untuk aku jawab sebab aku bukanlah pakar bab ni. Aku pun banyak cuba nasib jer. 

Mereka yang main besi ni sedia maklum , ada macam macam produk makanan tambahan di luar sana. Persoalannya , yang mana berkesan untuk tubuh badan ? Bagi aku , kalau betul betul nak buat badan.. maka fokuskan pada makanan sebenar. Cari makanan yang tinggi protein dan khasiat setiap hari. Makanlah dalam jumlah yang diperlukan. 

Jika hari tu rasanya tak amik banyak makanan berasaskan protein ,barulah amik makanan tambahan seperti whey protein ni. Nak minum ari ari pun ok jer.. Sehari sekali dua jer. Nak lagi best , buat macam aku.. aku blend whey protein bersama almond, walnut dan pumpkin seed. Nah, dapat lebih protein dan juga zat yang lain.. yang original ! 

Bab whey ni.. ada yang bertanya pasal HALAL. Banyak je sekarang whey Halal terutama yang tempatan punya. Cuma korang kena baca betul betul kandungan dalam produk tu. Apakah 100% whey tanpa bahan tambahan dan juga sumber protein tu. 

Mana yang ok ? Tengok berapa bajet korang ada sebenarnya. Pastu tengok juga pada kekerapan korang nak guna dan fokus apa ? Nak besar ? Nak cut ? Atau nak lean ? Atau sekadar nak tambah berat ? Haaa... Kalau ada persoalan , korang boleh terus tanya kenalan aku ni yang dah bertahun jual suppliment.. InshaAllah dia boleh bantu.. 

Aku suka tukar tukar whey... boleh la tahu mana yang sesuai pada aku. 






Gorilla Nutrition Sport  : 3-G, CEMPAKA MALL, Jalan BBN 6/2b, Desa Cempaka, Nilai , 71800

You May Also Like

1 comments