Segalanya dari sini .... blog korang sendiri ...
Terima kasih .. Aku tak pernah minta mereka meletakkannya di bloglist mereka .. Dan alhamdulillah , mereka dan korang semua sudi meletakkannya di dalam blog ... Terima kasih ,terima kasih ..
Aku tak tau la.. Mmg dua tiga hari ni aku hari aku bersyukur sebab usia blog aku dah mencecah 1 tahun ..er.. berapa bulan eh.. haa.. satu bulan dan tak lama lagi aku pulak yang akan mencecah 34 tahun .. tua dah kan ? Sapa sangka lelaki ini boleh berada di tahap ini dalam tempoh setahun tanpa gunakan 'helikopter' ?
Kejayaan blog aku ini terletak pada ... RAKAN RAKAN BLOGGER itu sendiri ..
Buat masa sekarang ada 1,726 sumber trafik aku dan jumlah mereka yang meletakkan link di blog mereka ada 1,720 .. Hurm.. ramai yang sudi yer.. Jutaan terima kasih !!!!!!!
Maaf la yer .. macam kelas sejarah lak .. hehe .. Maka sebenarnya naiknya blog ini kerana blog korang juga .. Tak perlulah korang nak kagum atau rasa rendah diri atau pon iri hati pada blog ini .. ok ?
Ops... satu lagi.. Aku tak pernah pinta mana mana blog suruh buatkan entri ' TERIMA KASIH BEN ASHAARI ' ! Mereka melakukannya atas keikhlasan diri mereka .. Sama juga sewaktu kali pertama aku berkenalan dengan MAT GEBU dan kesudian dia meletakkan berkawan dengan aku lalu aku juga membuat entri penghargaan buatnya sebagai tanda terharunya aku ..
Sebab itulah aku kata , blogger kena saling bekerjasama untuk sama sama naik .. Apa guna kondem mengondem sedangkan kita sama sama dok merangkak ? Tutup monitor , habis terus dunia maya ! Kembali ke dunia realiti .. betul tak Mr Ceym ?
Dulu , aku mulakan blog ini dengan tak tau apa apa .. Ada blogger tinggalkan mesej kat aku ajak exchange link .. Aku kata giler ke budak ni ??? Yang aku tau money exchange .. Takkan link nak tukar pon di ajak ajak ? Iskh .. dan satu lagi ... blog aku ni , orang baca pon tak de pastu nak ajak tukar ? Buang karan jer tukar dengan aku ni haa...
Itulah perasaan aku .. Kita tak tau rezeki kita dalam dunia blog ini . Pucuk pangkalnya adalah usaha dan nasib .. hehehe..Ada yang berusaha tapi belum lagi rezekinya ... Tapi bila 'datang' , korang tak tertahan tahan pulak ! ..
Ok ? Aku harap mulai hari ini , korang senantiasa bersemangat bila melakukan apa jua perkara yang korang terlibat .. Belajar , bersukan , bekerja ... Semua orang boleh berjaya selagi mana dia ingin berjaya !! Dahulukan mana yang patut didahulukan ... Okeh ??